Khabar angin jejas kedatangan pelancong

September 7, 2008 at 6:50 am Leave a comment

KUALA LUMPUR :- Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, khabar angin berhubung hasrat parti pembangkang untuk mengambil alih pemerintahan pada 16 September ini mewujudkan rasa panik di kalangan pelancong dan boleh menjejaskan kedatangan pelancong ke negara ini.

”Orang tidak akan datang jika mereka menganggap ada sesuatu akan berlaku di negara ini dan saya tidak akan teragak-agak untuk menyalahkan individu terbabit (pembangkang) jika berlaku penurunan bilangan pelancong pada bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Pameran Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi MATTA, Ngiam Foon dan Pengerusi Penganjur MATTA 2008, Datuk Mohd. Khalid Harun.

Azalina berharap pihak pembangkang dapat menimbangkan dengan akal yang waras mengenai perkara tersebut demi kepentingan negara.

Jelasnya lagi, senario yang berlaku pada hari ini tidak bagus untuk perkembangan pasaran pelancongan negara.

”Saya minta orang politik ini (pembangkang) memberi keutamaan kepada negara terlebih dahulu sebelum meletakkan kepentingan politik peribadi,” katanya.

Mengambil contoh peristiwa yang berlaku di Permatang Pauh, beliau memberitahu, ia akan mewujudkan kebimbangan di kalangan pelancong dan sekali gus memberi impak negatif kepada kedatangan pelancong di Pulau Pinang.

”Walaupun bagi kita ia merupakan isu domestik tetapi bila masuk CNN, BBC dan Al-Jazeera ia secara langsung akan memberi kesan secara menyeluruh kepada industri pelancongan negara walaupun ia berlaku di tempat-tempat tertentu sahaja,” tegasnya.

Sementara itu, ditanya mengenai kedatangan pelancong ke Malaysia, beliau memberitahu, bulan lalu, kehadiran pelancong ke negara ini meningkat sebanyak 12 peratus.

”Kita masih yang tertinggi (kedatangan pelancong) di Asia Tenggara dan ini satu petanda yang amat baik,” tambahnya.

Mengulas cadangan Gabungan Persatuan- Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) berhubung pemansuhan bayaran RM3 untuk memasuki Pameran MATTA, beliau memberitahu, perkara itu boleh dibincang dalam Mesyuarat Lembaga Penggalakan Pelancongan pada 11 September.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

MATTA perlu tambah produk tempatan KJMM Tetap Meningkat Walaupun Ekonomi Tidak Menentu- Azalina

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: