MATTA perlu tambah produk tempatan

September 5, 2008 at 2:30 am Leave a comment

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Kementerian Pelancongan meminta Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menawarkan lebih banyak produk pelancongan domestik.

Menterinya, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pameran MATTA yang diadakan secara tahunan kini dilihat lebih menumpukan kepada tawaran untuk rakyat tempatan melancong ke luar negara.”Saya ada menegur MATTA dalam soal ini. Saya harap mereka akan membuat lebih banyak roadshow yang memberi tawaran untuk pelancongan domestik,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Bantuan AIG Travel iaitu satu bentuk insurans kepada pelancong, di sini hari ini.

Azalina berkata, MATTA juga perlu mengadakan lebih banyak roadshow atau pameran di negeri-negeri bagi membuka peluang luas kepada rakyat tempatan mendapatkan tawaran pakej pelancongan.

”Sekarang, apa yang saya lihat pameran MATTA hanya diadakan di Kuala Lumpur. Jika ia bergerak ke seluruh negara, lebih banyak jualan akan dapat diperolehi,” katanya.

Ditanya mengenai bantahan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) berhubung bayaran RM3 untuk memasuki Pameran MATTA, Azalina berkata, persatuan itu perlu berbincang terus dengan MATTA berhubung isu tersebut.

Katanya, kerajaan tidak boleh campur tangan jika sektor perniagaan mahu mengenakan bayaran atau diskaun terhadap produk.

Menyentuh mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Azalina berkata, kementerian berharap ia akan dapat dilaksanakan secepat mungkin kerana pengurangan cukai tersebut dapat menarik lebih ramai pelancong ke negara ini.

”Kabinet sedang membincangkan mengenainya tetapi kementerian harap ia boleh dilaksanakan secepat mungkin untuk kebaikan sektor ini,” katanya.

Mengenai Pusat Bantuan AIG Travel pula, Azalina berkata, ia adalah satu lagi bentuk perkhidmatan pelancongan yang berupaya mempertingkatkan kedatangan pelancong ke negara ini.

”Kebanyakan tempat pelancongan kita berada di luar bandar dan dengan adanya perkhidmatan ini, sudah tentu ia akan memberikan keselesaan sekiranya berlaku kecemasan terhadap pelancong,” katanya.

Pusat Bantuan AIG Travel ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan 24 jam terhadap sebarang kecemasan, bantuan perjalanan dan peribadi kepada pelancong yang menjadi pelanggan syarikat insurans itu.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Azalina Puji Penubuhan Pusat Bantuan AIG Khabar angin jejas kedatangan pelancong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: