Azalina Puji Penubuhan Pusat Bantuan AIG

September 4, 2008 at 9:14 am 3 comments

SUBANG : Menteri Pelancongan, Dato Seri Azalina Othman Said menyifatkan langkah AIG Travel Assist yang menubuhkan pusat bantuannya di Kuala Lumpur, sebagai satu langkah yang tepat dan memenuhi inspirasi kementerian untuk mempelbagaikan kosep pelancongan negara.

Menurut Azalina, pusat bantuan yang diperkenalkan oleh syarikat insuran terkemuka dunia yang juga turut terlibat dalam sektor pelancongan akan memberikan banyak kelebihan kepada negara Malaysia, lebih-lebih lagi ia adalah yang pertama di Asia dan ke lima di dunia.

“Saya berbesar hati dapat berada di pada majlis hari ini dimana syarikat global seperti AIG Travel Assist telah memilih ibu negara kita untuk menubuhkan pusat bantuannya dalam mengembangkan sayapnya ke rantau Asia.

“Malaysia bukan sahaja menawarkan lokasi strategik dengan akses yang mudah kepada kemudahan dan infrastruktur yang diperlukan oleh organisasi-organisasi pakar seperti AIG Travel Assist tetapi negara kita juga adalah destinasi yang paling digemari pelancong antarabangsa.

“Saya percaya dengan adanya perhidmatan seperti ini tidak mustahil ia mampu menggalakkan lagi kedatangan pelancong ke negara kita, lebih-lebih lagi mereka yang penggunakan hidmat syarikat insuran ini,”tambah beliau.

Dato Seri Azalina menegaskan demikian ketika dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Rasmi Pusat Bantuan-AIG Travel Assist yang diadakan di Terminal 3 Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pagi tadi.

Turut hadir dalam majlis yang turut memaparkan sebuah ambulan udara ialahPresiden AIU bahagian kemalangan dan kesihatan, Encik Jose A Hernandez, Ketua Pengawai Ekskutif AIG Travel Assist, Encik Jeff Rutledge, diplomat-diplomat asing ke Malaysia seperti dari Amerika Syarikat, Filipina, Singapura dan Taiwan.

    

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK MATTA perlu tambah produk tempatan

3 Comments Add your own

  • 1. jawad ahmed pirzada  |  September 20, 2008 at 11:14 am

    Visa on arrival was a great step towards tourism and respect for muslim pakistan. Please allow pakistani visa on arrival. If non muslims can come without visa, why not muslim pakistani?

    Reply
  • 2. Steven Fong  |  September 22, 2008 at 2:46 pm

    Experience Malaysia?? ha ha..
    The taxi driver reverse to knock me over (missed) after I took my bags from the trunk! He chased me out of the taxi because he refused to send me to the Sepang Go Kart circuit and left me half way to the entrance of the Sepang F1 circuit. He said I only paid RM23 for my fare, he would just drop me right there.
    It happened on the 20 Sept 2008 approx 1145am.
    I am just a Malaysian Chinese, not foriegner or big shot VIP, and have put this behind me. Thought I should write this to the Ministry and see what happens?

    Reply
  • 3. Steven Fong  |  September 22, 2008 at 2:49 pm

    Your official Tourism Malaysia website enquirey/complaint function is not working properly, so I have to use this one which is one of the links from there

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: