Penganjur Pelancongan perlu memikirkan pendekatan kreatif -Azalina

September 1, 2008 at 8:14 pm Leave a comment

Kuala Lumpur : Menteri Pelancongan Malaysia, Dato’ Sri Azalina Othman Said menyarankan agar para-para penganjur pelancongan di negara ini supaya memikirkan pendekatan pelancongan yang lebih kreatif serta mampu memenuhi kehendak para tetamu yang datang bertandang ke negara ini.

Azalina berkata demikian dalam ucapan perasmiannya bersempena pelancaran `Internasional xtrem auto show’ yang telah diadakan tapak terbuka di Bukit Bintang pada Sabtu, 30 Ogos, baru-baru ini.

Katanya, dengan cara itu sahaja ia mampu menjadi penarik yang akan terus menggamit kehadiran pelancong luar untuk terus datang ke negara ini dan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai satu destinasi pelancongan yang paling di gemari mereka di rantau ini.

Dalam ucapan tersebut, Azalina juga turut memuji pihak penganjur kerana telah berjaya merancang serta mengatur satu program yang disifatkannya sebagai amat baik dan kreatif.

Katanya, dengan penganjuran `Internasional xtrem auto show’ yang dijangka akan dilangsungkan pada 26-28 Disember 2008 dan turut disertai oleh ramai dari peserta dari luar negara adalah satu program yang baik dan bertepatan dengan konsep industri pelancongan sukan Malaysia.

Tambah Azalina, seperti yang semua maklum bahawa negara Malaysia memang terkenal dengan Pelancongan Sukan dan dengan peganjuran seumpamanya ini ia mampu variasikan lagi konsep pelancongan kesukaan ramai ini dan seterusnya menjadi penggamit agar lebih ramai pelancong untuk datang ke negara ini.

Sebagai mengakhiri ucapanya pada patang itu, Azalina juga sempat mengajak para hadiri untuk sama-sama melaungkan perkataan `Merdeka’. Beliau yang mengepalai laungan `keramat’ sebanyak tiga kali pada petang itu telah disambut penuh bersemangat oleh para hadirin serta mereka yang lalu lalang dikawasan persekitaran tersebut.

Sebelum beredar, Menteri Pelancongan yang mendapat jolokan sebagai menteri kreatif itu turut diberikan kesempatan untuk melawat dan melihat dengan lebih dekat beberapa buah kereta yang telah diubah suai dan bakal dipamerkan dalam show pada bulan Disember nanti.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Azalina sampaikan trofi kejuaraan MIFC 2008 SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: