Azalina sampaikan trofi kejuaraan MIFC 2008

September 1, 2008 at 6:21 pm 1 comment

PUTRAJAYA: Pasukan A Cabeller S.A dari Sepanyol, membuktikan kehebatan di gelanggang bunga api berirama apabila merangkul Trofi Emas Merdeka, menewaskan tiga pasukan lain dalam Pertandingan Bunga Api Antarabangsa (MIFC) 2008, kali kedua. di sini.

Trofi kemenangan disampaikan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said kepada Duta Sepanyol, Jose Baranano dan isterinya, Madam Ana Garcia de Baranyano pada Majlis Penutup pertandingan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),jumaat , 29 Ogos, lalu.

Pasukan yang membuat persembahan pada malam 24 Ogos lalu dengan tema ‘kegembiraan, keriangan dan tradisi kehidupan masyarakat di negara Latin’ menewaskan wakil Malaysia, Pyro-Splendour Services Sdn Bhd, David Whysall International Fireworks Inc dari Kanada dan pasukan Qingcao Firework Mfg Co Ltd dari China.

Pasukan yang beberapa kali memenangi pertandingan bunga api peringkat antarabangsa itu mengekalkan kejuaraannya dengan mengutip 337 daripada 400 mata berikutan persembahan unik dan penuh warna-warni yang dihasilkan melalui gabungan teknologi canggih dan pengalaman lebih 100 tahun.

Pasukan berkenaan diwakili empat rakan karib iaitu Patrick Brault sebagai ketua pereka, Edward Mohan, Philippe Girard dan Cathrine Bertrand.

Sementara pasukan Malaysia yang diwakili Pyro-Splendour Services Sdn Bhd yang membuat persembahan pada malam pembukaan mendapat tempat kedua dengan mengutip 305 mata.

Persembahan pasukan negara dibarisi Sulen @ Soo Kok Liam, 27; Shafua Shafie, 21; Ronnie Wee, 32 dan Tan Yeow Siong, 36, menonjolkan adunan irama tradisional negara berserta muzik klasik, opera, rock dan soprano

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Datuk Dr Ong Hong Peng dan Penerbit merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Global2000 Sdn Bhd, Joe Ghazzal.

Malam kemuncak atau ‘Grand Finale’ ini turut menyaksikan persembahan bunga api bercirikan ‘pyrotechnics’ iaitu percikan bunga api diiringi alunan muzik selama 30 minit oleh pemenang MIFC 2008

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

SALAM KEMERDEKAAN Penganjur Pelancongan perlu memikirkan pendekatan kreatif -Azalina

1 Comment Add your own

  • 1. Raja Firdaus  |  September 3, 2008 at 2:35 am

    Congrate Malaysia for the 2nd place in MIFC!!!! Nice works!!!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: