Tugas menteri tidak halang Azalina `prihatin’ kepada rakyat

August 26, 2008 at 4:16 am Leave a comment

SEMENCHU : Walaupun sibuk dengan tugas-tugas sebagai Menteri, namun ahli Parlimen Pengerang yang juga Menteri Pelancongan Malaysia, Dato’ Sri Azalina Othman Said, tetap tidak lupa untuk meluangkan masa bagi menjengguk dan bertanyakan khabar serta melihat sendiri setiap masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Parlimennya.

Seperti lazimnya, pada 24 Ogos lepas Dato’ Sri Azalina yang diiringi oleh pengawai-pegawai dari Pejabat Parlimen Pengerang, telah membuat lawatan ke Kampung Baru, Semenchu. Iaitu sebuah kampong yang agak ke pendalaman berbanding kawasan-kawasan lain di Parlimen Pengerang, memandangkan kedudukan kampong tersebut di penghujung ladang kelapa sawit.

Kampung Baru, Semenchu itu sebenarnya perkampungan nelayan telah wujud sejak 45 tahun lalu. Namun disebabkan kedudukannya yang agak jauh ke dalam, menyebabkan kampung yang hanya dihuni oleh 10 keluarga itu, sebelum ini agak terpinggir daripada pelbagai kemudahan asas.

Ketiadaan bekalan asas seperti air bersih dan bekalan eletrik dan pelbagai kemudahan asas lain juga dikatakan menjadi antara sebab utama mengapa penduduk di kapung tersebut sebelum ini hanya bergantung harap kepada sumber laut semata-mata.

Titi kecil yang di perbuat dari kayu-kayu hutan menjadi satu-satunya jalan perhubungan untuk mereka berulang-alik ke laut untuk mencari rezeki bagi menyara hidup keluarga. Itulah gambaran kesukaran dan kesengsaraan yang terpaksa diharungi oleh penduduk Kampong Baru, Semenchu sebelum ini.

Bagaimanapun, apa yang di gambarkan itu hanyalah cerita lama. Kini kampong yang agak tersisih dari dunia luar itu sudah mula berubah wajah. Kampong yang dahulunya kegelapan kini sudah mula diterangi cahaya lampu dari dua buah generator.

Walau pun bersifat sementara sebelum mereka menerima kemudahan eletrik dari Tenaga Nasional, ganerator tersebut bertujuan untuk memudahkan kehidupan mereka. Selain dari itu ia juga bertujuan untuk memudahkan anak-anak mereka yang masih bersekolah mengulangkaji pelajaran di malam hari.

Bagitu juga dengan titi yang dahulunya hanya diperbuat dari kayu kayan belukar berhampiran, kini juga sudah bertukar sebagai sebuah jambatan yang kukuh dan teguh. Rumah-rumah penduduk yang rata-ratanya agak uzur, semuanya sudah di baik pulih sepenuhnya.

Pelbagai pembagunan dan kemudahan asas sedikit demi sedikit telah mula dinikmati mereka. Semuanya atas usaha, sumbangan dan keperihatinan ahli parlimen mereka yang kini bergelar Menteri Perlancongan.

Tidak cukup dengan itu sahaja, malah dalam siri lawatannya ke kampong tersebut pada minggu lalu, Azalina juga turut menyumbangkan beberapa buah enjin bot kepada penduduk setempat, sumbangan tersebut atas usaha dan kesedaran untuk meningkatkan taraf hidup penduduk.

Tidak cukup dengan itu, beberapa peralatan dan kelengkapan rumah turut diberikan kepada semua penduduk kampung sebagai sokongan untuk mereka menjalani kehidup seperti insan lain.

Dalam siri lawatan itu juga, Azalina turut meluangkan masa kira-kira 2 jam untuk meneliti dan mendengar sendiri, sekiranya ada lagi masalah yang masih belum beliau selesaikan.

Sebagai menghargai jasa baik yang diberikan oleh ahli parlimen itu, penduduk kampung telah bermurah hati dengan menjamu para rombongan yang hadir itu dengan makan tengahari. Walaupun Azalina merupakan seorang ahli parlimen yang bertaraf menteri, ia tidak menghalang beliau untuk duduk bersimpuh untuk menikmati hidangan yang disediakan itu.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Masyarakat Felda perlu berterima kasih kepada Kerajaan – Azalina Pelancaran ZOOM di Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

August 2008
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: