Masyarakat Felda perlu berterima kasih kepada Kerajaan – Azalina

August 25, 2008 at 5:57 pm Leave a comment

24 Ogos, Felda Tunggal – Menteri Pelancongan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Pengerang, Dato’ Sri Azalina Othman Said mengingatkan agar masyarakat Felda perlu lebih berterima kasih kepada kerajaan yang ada sekarang.

Katanya, kerajaan yang ada sekarang bukan sahaja telah berjaya membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang aman serta disegani dunia, sebaliknya dibawah payung pemerintahan kerajaan Barisan Nasional juga telah berjaya meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar terutamanya, menerusi penubuhan Tanah Rancangan Felda.

Azalina menegaskan demikian dalam ucapan perasmian Program Hari Keluarga Felda Tunggal. Parlimen Pengerang, sabtu lalu. Dalam ucapan tersebut, Azalina juga turut menyelar sikap sesetengah pihak yang tidak tahu berterima kasih walaupun telah mendapat pelbagai kesenangan,kemudahan dan bantuan dari kerajaan.

 “Di sebabkan Anwar bijak bercakap, segelintir masyarakat telah termakan dengan dakyah dan tohmahan yang dilemparkan olehnya terhadap kerajaan. Hasilnya melayu bergaduh sesama sendiri hanya kerana berbeza fahaman politik sahaja.

“Contohnya di Permatang Pauh, Melayu pembangkang sanggup memaki hamun sesama sendiri kerana politik.Di sebabkan memikirkan mereka adalah melayu, maka tiada sebarang balas yang diambil” katanya.

Majlis yang diadakan di padang awam, itu adalah merupakan acara tahunan kampung dengan kerjasama Pejabat Parlimen Pengerang dan Pentadbiran Rancangan Felda Tunggal. Ia diadakan bersempena dengan Sambutan Kemerdekaan negara yang ke-51 dan bertujuan untuk merapatkan silaturahim di antara masyarakat felda.

Majlis perasmian yang bermula pada jam 4.30 petang telah di hadiri kira-kira 100 orang penduduk kampung Felda Tunggal. Semua lapisan masyarakat juga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian di dalam pelbagai program yang di aturkan oleh pihak penganjur.

Antara program yang diaturkan adalah seperti sukan rakyat, anak angkat, ceramah agama, persembahan kebudayaan, gotong royong dan sebagainya.

Dalam majlis perasmian itu juga, para hadiri turut dipukau oleh kehebatan seorang pemuda kurang upaya, Arshad Kasim, 23, dengan sajak yang bertajuk ‘Ibunda’. Mereka seolah-olah terpaku dengan kehebatan suara serta kemampuan penghayatan pemuda itu ketika menyampaikan deklamasi sajak tersebut.

Kemampuan Arshad itu juga turut diakui oleh ahli Parlimen Pengerang, Dato’ Sri Azalina Othman. Dalam ucapannya, Azalina juga turut memuji suara Arshad dan menyifatkannya ia boleh diketengahkan keperingkat yang lebih baik.

 “Walaupun beliau adalah merupakan golongan kurang upaya, namun kerana beliau bersyukur di atas kurniaan Tuhan.Generasi muda ketika ini seharusnya mencontohi sikap beliau yang tahu bersyukur dan berterima kasih serta bijak mengunakan kebolehan yang ada”.

Sebagai mengakhiri majlis yang diadakan pada petang itu, Ahli Parlimen Pengerang itu juga turut diberikan penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam beberapa acara yang dipertandingkan pada Program Hari Keluarga Felda Tunggal tersebut.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Azalina Luangkan Masa Hampir Tiga Jam di MAHA Tugas menteri tidak halang Azalina `prihatin’ kepada rakyat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

August 2008
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: