Azalina Luangkan Masa Hampir Tiga Jam di MAHA

August 17, 2008 at 7:01 pm Leave a comment

SERDANG 15 Ogos – Menteri Pelancongan Malaysia, Dato’ Sri Azalina Othaman Said nyata berbangga dapat meluangkan masa hampir tiga jam di tapak Pameran Pertanian,Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia ( MAHA 2008 ) kali kelima akan berlangsung selama 13 hari, bermula 12 Ogos lalu.

Sebelum memulakan sesi lawatanya pada hari itu, Azalina terlebih dahulu diberikan taklimat berkaitan ekpo pertanian terbesar Asia Tenggara itu. Bermula dengan sejarah penganjuran sejak tahun 1999 hinggalah berkenaan dengan tapak penganjuran kekalnya di Mardi, Serdang itu.Walaupun dalam masa yang agak terhad, namun Dato’ Sri Azalina ternyata begitu berpuas hati dengan lawatan pada hari itu. Beliau yang diiringi Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Mustafa Muhamand, sempat meninjau beberapa tempat pemeran termasuk Agro Bazar, pameran lembu dan kambing, rumah johor, rumah serawak, pengusaha nenas dan beberapa tempat lagi.

Sebelum beredar kurang jam12.30 tengah hari, Menteri Pelancongan yang juga Ahli Parlimen Pengerang itu sempat menjamu selera di tingkat bawah bagunan Agro Bazar yang menempatkan gerai pelbagai jenis masakan serta hidangan dari pelbagai etnik di seluruh negara.

Pameran pertanian terbesar di Asia Tenggara yang diadakan sejak tahun 1999 itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dengan tema ‘Pertanian adalah Perniagaan’, pameran tersebut disertai sebanyak tujuh kementerian, 20 jabatan dan agensi serta 13 negara termasuk Australia, Thailand, Brunei dan Filipina.

Selain merupakan pameran pertanian yang terbesar di rantau ini, MAHA 2008 juga menjadi platform kepada perniagaan dan perdagangan pertanian khusus kepada pengusaha tanaman, ternakan dan pengusaha industri asas tani di negara ini untuk memajukan produk masing-masing.

Antara tarikan pameran tersebut ialah pameran teknologi dan produk berasaskan ternakan, pameran dan pertandingan ternakan lembu dan kambing, persembahan rodeo, pameran rumah negeri dan demonstrasi pengambilan susu lembu Jersey.

Pameran itu dibuka bermula pukul 10 pagi hingga 7 malam.

Di MAHA 2008, pengunjung juga berpeluang mendapatkan pelbagai jualan produk segar dan hasil keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Agrobazaar MAHA 2008.

Orang ramai yang berminat mengunjungi pameran itu boleh mendapatkan tiket pada harga RM5 menerusi kaunter-kaunter tiket di sekitar pintu masuk tapak pameran itu di sini.

Mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan bas awam boleh menaiki bas di stesen berdekatan Stadium Bukit Jalil, kawasan belakang Palace of Justice di Putrajaya, Universiti Putra Malaysia di sini dan di stesen bas di Stadium Kajang bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 7.45 malam setiap hari.

Sementara itu, pengguna tren transit aliran ringan (LRT) perlu berhenti di LRT Hentian Bandar Tasik Selatan bagi pertukaran ke Serdang menggunakan tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) untuk tiba di tapak pameran.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Azalina Puji Program Mencari Harta Karun NPC-Celcom Masyarakat Felda perlu berterima kasih kepada Kerajaan – Azalina

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

August 2008
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: