Pelancongan Agama bakal tabal Malaysia destinasi utama dunia-Azalina

August 14, 2008 at 7:26 pm Leave a comment

KUALA LUMPUR , 14 Ogos – Menyedari bahawa `konsep masyarakat majmuk’ yang menjadi amalan rakyat Malaysia selama ini berpotensi menjadi daya tarikan utama kepada pelancong dari luar untuk terus berkunjung ke Negara kita, Menteri Pelancongan Malaysia, Dato’ Sri Azalina Othman Said hari ini telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Bersama Pelancongan Agama.

Pengumuman tersebut dibuatnya dalam satu sidang akhbar yang diadakan di pejabat beliau, di tingkat 36, Menara Dato’ Onn, PWTC, sebaik sahaja selesai Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Bersama Untuk Pelancongan Agama yang diadakan sebelum itu.

Menurut Azalina, menyedari bahawa negara ini mempunyai potensi yang baik untuk dibagunkan dalam sektor tersebut, Kementerian Pelancongan bersama-sama dengan sokongan Jabatan Perdana Menteri akan berusaha memperkenalkan lebih banyak lagi tempat-tempat menarik yang berorentasikan keagamaan bagi tujuan menarik lebih ramai pelancong datang ke nagara ini.

Dalam sidang akhbar yang diadakan jam 3.00 petang itu juga, Azalina turut melahirkan keyakinan bahawa dengan dasar-dasar dan produk baru yang diperkenalkan ini, tidak mustahil Malaysia akan lahir sebagai destinasi kunjungan utama pelancong dari seluruh pelusuk dunia.

 Katanya, sebelum ini pun kebanyakan pelancong yang datang ke Malaysia tidak terkecuali daripada melawat tempat-tempat agama. Antaranya, Masjid Negara, Kuala Lumpur, Masjid Putrajaya, Batu Caves, Selangor dan beberapa tempat lagi.

“Itu sebenarnya menunjukan bahawa selain kesan sejarah, tempat-tempat ibadat bagi satu-satu kaum atau agama juga menjadi daya tarikan kepada pelancong dan adalah menjadi kelebihan kepada negara kita kerana memiliki masyarakat yang berbilang bangsa, kepercayaan serta agama dan secara tidak langsung, kita memiliki banyak tempat-tempat yang melambangkan kepercayaan sesuatu agama.

“Walaupun kita bergilang bangsa dan kepercayaan namun kita semua masih mampu bersatu, hidup dengan aman dan harmoni. Situasi ini sebenarnya tidak terdapat di mana-mana negara lain di dunia ini, kecuali Malaysia dan inilah daya tarikan sebenarnya,”ujar Azalina lagi.

 

Rayuan Persatuan Hotel Malaysia diterima kabinet  

Dalam sidang akhbar yang sama juga, Dato’ Sri Azalina  juga turut memaklumkan bahawa cabinet telah bersetuju untuk menerima cadangan pengusaha dan pemilik hotel bagi membolehkan jabatan-jabatan serta agensi kerajaan menggunakan hotel dalam mengadakan program-program rasmi.

Bagaimanapun katanya, semua program-program tersebut termasuk seminar dan mesyuarat yang bakal diadakan tersebut hendaklah dilaksanakan dengan konsep `cost effective’. Ini selaras dengan langkah kerajaan untuk berjimat cermat.

Katanya lagi,  Larangan yang dikeluarkan pada bulan Julai lalu adalah salah satu langkah untuk berjimat cermat. Bagaimanapun, ia mendapat tentangan daripada Persatuan Hotel Malaysia dengan alasan mereka kerugian lebih RM100 juta kerana pembatalan tempahan oleh jabatan dan agensi kerajaan.

“Ekoran itu, mereka membuat rayuan dan kementerian membawa rayuan ini ke kabinet bagi memastikan industri perhotelan negara tidak terjejas. Dan, apa yang saya umumkan pada hari ini adalah hasilnya…,”tambah Azalina lagi.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

`The Great Durian Festival’ program kreatif dan genius-Azalina Azalina Puji Program Mencari Harta Karun NPC-Celcom

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

August 2008
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: