Azalina Puji Program Mencari Harta Karun NPC-Celcom

August 14, 2008 at 7:56 pm Leave a comment

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Menteri Pelancongan Dato’ Sri Azalina Othman Said hari ini telah diberikan penghormatan untuk melancarkan Kembara Mencari Harta Karun Media NPC-Celcom 2008 dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang yang akan berlangsung pada 23 Ogos nanti.

Dalam ucapannya pada majlis sidang yang diadakan di bilik mesyuarat, Pejabat Menteri Pelancongan, tingkat 36, Menara Dato’ Onn, PWTC, petang tadi, Azalina memuji pihak penganjur iaitu The National Press Club atau Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) kerana memilih Pulau Pinang sebagai destinasi kembara pada tahun ini.

Baliau berkata, pemilihan Pulau Pinang sebagai destinasi kembara pada kali ini adalah bertepatan dengan kemahuan Kementerian Pelancongan dan konsep `Treasure Hunt’ itu sendiri. Ini kerana pemilihan negeri itu merupakan satu tarikan tambahan, terutama apabila George Town telah diisytihar sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Unesco.

Katanya, pengiktirafan itu akan membantu menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia dan meminta pemandu pelancong supaya melengkapkan diri mereka dengan maklumat yang tepat berkaitan mercu tanda warisan bagi memenuhi kehendak pelancong yang inginkan pengetahuan.

Pada pelancaran, yang diadakan di kementerian berkenaan, pelbagai penaja menyerahkan tajaan mereka untuk kembara itu kepada Azalina.

Celcom (Malaysia) Berhad memberikan sokongan padu untuk acara itu dengan menjadi penaja utama bagi tahun ketiga ia diadakan.

Naib Presiden Komunikasi Korporat Celcom Datuk Najmuddin Abdullah berkata syarikat itu gembira dapat turut sama memainkan peranan dalam mempromosi Malaysia kepada pelancong tempatan dan asing.

“Dalam semangat patriotik untuk bulan Merdeka ini, kami harap dapat menggalakkan rakyat Malaysia melancong di dalam negara bagi lebih mengenali Malaysia dan khazanahnya yang tersembunyi,” katanya.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Pelancongan Agama bakal tabal Malaysia destinasi utama dunia-Azalina Azalina Luangkan Masa Hampir Tiga Jam di MAHA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

August 2008
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: