`The Great Durian Festival’ program kreatif dan genius-Azalina

August 11, 2008 at 6:22 am 1 comment

Menteri Pelancongan Malaysia, Dato’ Seri Azalina Othman Said, memuji Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Perak dengan menyifatkan program `The Great Durian Festival’ yang dilangsungkan pada 8-10 Ogos 2008, di Bukit Gantang, Perak itu sebagai satu program kreatif dan genius.

Menurut Azalina , melalui aktiviti begini secara konsisten, tidak mustahil buah-buahan tempatan terutamanya durian dapat di promosikan ke peringkat antarabangsa dan menjadikan ia salah satu tarikan pelancong untuk terus berkunjung ke negara ini.

Bagaimanapun, program seperti ini perlu diikuti dengan promosi produk-produk pelancongan yang lain seperti homestay, industri kraftangan dan lain-lain dalam usaha untuk menambat hati pelancong domestik dan luar negera untuk terus berkunjung ke destinasi-destinasi pilihan mereka.

Dalam ucapan perasmian program tersebut, Azalina juga turut mengingatkan agar pihak penganjur tidak memberikan tumpuan kepada `durian’ sahaja, sebaliknya tumpuan juga harus diberikan kepada buah-buahan tempatan yang lain.

“Kita mahu agar pelancong sentiasa datang ke negara kita dan pesta seumpamanya ini sentiasa menggamit mereka untuk terus datang ke negara kita tanpa mengira musim. Pihak penganjur haruslah memikirkan pesta buah-buahan tempatan yang lain juga kerana kerana durian adalah bermusim dan hanya setahun sekali sahaja.

Dalam ucapan tersebut juga, Dato’ Sri Azalina juga turut memaklumkan bahawa pihak Kementerian Pelancongan akan membuat tawaran kepada setiap Ahli Perlimen di negara ini agar mengadakan program homestay ditempat kawasan masing-masing. Yang mana, setiap Parlimen akan diperuntukan sebanyak RM200 ribu dan RM50 ribu kepada setiap Dewan Undangan Negari (DUN) untuk tujuan tersebut.

Dalam program yang dihadiri lebih dari 5000 pengunjung dalam satu masa tersebut, Menteri Pelancongan Malaysia ketika sesi lawatannya ke gerai-gerai pameran, sempat juga mengopek durian untuk diberikan kepada pengunjung disamping beramah mesra dengan mereka yang hadir.

Selain pesta makan durian dan buah-buahan tempatan, para pengunjung pada hari itu turut di hiburkan dengan beberapa persembahan. Antaranya, persembahan nyanyian, tarian dan persembahan seni silat.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Azalina Ketuai Pengerang. Setiausaha UMNO Bahagian Dipecat. Pelancongan Agama bakal tabal Malaysia destinasi utama dunia-Azalina

1 Comment Add your own

  • 1. Rozie Jumat  |  August 13, 2008 at 9:35 am

    Thaniah YB Dato atas usaha memperkenalkan Malaysia di peringkat antarabangsa. Tolong2 lah pantau kawasan Daerah Kecil Pagalungan di Sabah. Tempat ini bersempadan dengan Kalimantan Timur dan sangat berpotensi untuk dimajukan bukan sahaja kerana budaya rumah panjang suku kaum Murut, legenda Batu Punggul nya tetapi …banyak kisahnya yang mungkin YB Dato boleh bantu kami…

    Selamat Berkhidmat kepada rakyat

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

August 2008
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: