Azalina Ketuai Pengerang. Setiausaha UMNO Bahagian Dipecat.

August 8, 2008 at 4:18 am Leave a comment

JOHOR BAHRU 7 Ogos – Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang tanpa bertanding apabila 27 daripada 32 cawangan di bahagian tersebut sehingga hari ini mencalonkannya untuk jawatan tersebut.

Bekas Ketua Puteri UMNO itu menerima dua lagi pencalonan daripada UMNO cawangan Sening dan Keledang yang mengadakan mesyuarat tahunan mereka hari ini.

Setiausaha UMNO Bahagian Pengerang, Nizam Ali berkata, sehingga kini penyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Harun Abdullah hanya menerima empat pencalonan dan tidak melepasi syarat untuk bertanding ketua bahagian.

”Beliau (Azalina) memenangi jawatan Ketua UMNO bahagian tanpa bertanding,” katanya ketika dihubungi hari ini sambil menambah, UMNO cawangan Adela yang turut bermesyuarat hari ini, bagaimanapun mencalonkan Harun.

Untuk bertanding jawatan Ketua UMNO bahagian, Harun perlu menerima sekurang- kurangnya 20 peratus daripada keseluruhan 32 UMNO cawangan dalam Bahagian Pengerang.

UMNO Bahagian Pengerang mempunyai 32 cawangan, dan sehingga hari ini hanya UMNO cawangan Penawar dalam bahagian tersebut yang belum mengadakan mesyuarat tahunan mereka.

Bidas pemecatan mengejut

JOHOR BAHRU 7 Ogos – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman membidas pemecatan Setiausaha UMNO bahagian berkenaan, Nizam Ali dan Bendahari, Kadir Yunus pada Jumaat lepas.

Beliau berkata, ketua UMNO bahagian berkenaan, Datuk Harun Abdullah tidak sepatutnya bertindak demikian ketika mesyuarat UMNO cawangan sedang berjalan.

Menurutnya, pemecatan itu memberikan mesej bahawa UMNO bahagian tersebut sedang menghadapi masalah kepimpinan.

“Pemecatan itu tidak molek kerana mesyuarat cawangan sedang berjalan dan kita akan mengadakan pemilihan bahagian pada Oktober ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Azalina yang juga Naib Ketua UMNO bahagian itu menyatakan demikian ketika diminta mengulas tindakan Harun memecat Nizam dan Kadir baru-baru ini atas alasan telah hilang kepercayaan.

“Kita tidak boleh emosional dalam setiap tindakan kerana akhirnya nasib kita banyak bergantung kepada kekuatan individu untuk mendapatkan pengaruh rakyat,” katanya.

Sementara itu, Nizam yang juga Ketua UMNO Cawangan Felda Sungai Mas ketika dihubungi berkata, beliau menerima surat pemecatan dengan hati terbuka.

“Saya lega dengan tindakan itu walaupun kandungan surat bertarikh 1 Ogos itu antara lain menyebut Harun telah hilang kepercayaan terhadap saya selaku setiausaha.

“Bagaimanapun dia mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti yang diberikan dari 2003 hingga tahun lalu,” katanya.

Beliau menambah, salinan surat pemecatan turut dihantar kepada Badan Perhubungan UMNO Johor dan Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang lazimnya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Ketika mebenarkan ikat jamin itu, Hakim S.M. Komathy Suppiah berkata undang-undang menetapkan bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya dan bahawa ikat jamin dikenakan bagi menentukan kehadiran orang itu. 

 

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Majlis Makan Malam YBM di Awana, London `The Great Durian Festival’ program kreatif dan genius-Azalina

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

August 2008
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: