KAKITANGAN KPL BERPESTA DURIAN DI BENTONG

August 5, 2008 at 3:27 am Leave a comment

Atas hasrat untuk memberikan kelainan dan merapatkan hubungan antara ketua-ketua jabatan, setiausaha bahagian dan juga kakitangan di Pejabat Menteri, Menteri Pelancongan Malaysia, Dato’ Sri Azalina Othman Said, khamis lalu telah mengadakan pesta makan durian.

Pesta makan durian dan buah-buahan tempatan yang turut dihadiri oleh sebahagian besar kakitangan pejabat pelancongan yang beroperasi di Menara Datuk Onn, PWTC itu telah diadakan di sebuah dusun milik persendirian di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.

 

 

Walaupun program tajaan menteri itu diadakan secara sederhana , namun ia tetap meriah dan mendapat pujian daripada pengawai terutamanya mereka yang hadir pada hari itu.

Selain para hadirin dapat menikmati longgokan buah secara santai dan dalam suasana seolah-olah berada dalam dusun sendiri, para kakitangan pelacongan juga dapat beramah mesra antara satu sama lain yang selama ini dibataskan dengan tugas serta bahagian atau unit yang berbeza.

Bukan itu sahaja, pesta makan durian anjuran Azalina itu juga dikatakan antara yang julung-julung kali diadakan. Lazimnya, sebelum ini pihak kementerian hanya mengadakan pesta seumpamanya di satu tempat khusut seperti dipekarangan pejabat dan sebagainya lagi.

Tetapi kali ini, para kakitangan Kementerian Pelacongan dapat menikmati buah-buahan tempatan dalam suasana dusun yang sebenar.

Pesta makan durian dan buah-buahan tempatan yang dihadiri oleh ketua-ketua jabatan, setiausaha bahagian (sub) dan kakitangan pejabat menteri, Kementerian Pelancongan itu adalah atas usaha menterinya, Dato’ Sri Azalina Othman Said.

Selepas itu, mesyuarat mingguan ketua-ketua jabatan dan unit di Kementerian Pelancongan yang lazimnya diadakan di bilik mesyuarat eksklusif,tertutup dan berhawa dingin telah diadakan ditempat terbuka iaitu kawasan bawah garaj rumah persinggahan pemilik dusun tersebut.

Program meriah dan diselangselikan dengan gurau senda para kakitangan yang awalnya bermula jam 12.00 tengah hari itu bersurai lebih kurang pukul 4.30 petang.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

SUKAN RALI GAMIT PELANCONG KE PENGERANG AZALINA BERGOTONG-ROYONG MEMBAIKI RUMAH PENDUDUK KAMPUNG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

August 2008
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: