FLORAFEST PAINTBALL 2008 PENGERANG TARIK PENYERTAAN LUAR

August 5, 2008 at 7:19 am Leave a comment

4 Ogos, Bandar Penawar – Satu majlis perasmian Flora Fest Paintball 2008 telah di adakan di Stadium Bandar Penawar sempena Pesta Flora 2008 mendapat sambutan menggalakan dan berjaya menarik lebih 10 sepuluh pasukan dari pelbagai negara.

Selain negara tuan rumah, Malaysia, terdapat beberapa negara yang mengambil bahagian di dalam pertandingan Flora Fest Paintball 2008 tersebut ialah Singapura, Iran, Indonesia, UAE, Filiphina, New Zealand, Australia dan Jepun.Pertandingan yang julung-julung kali diadakan di Bandar Penawar tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Pengerang, Dato’ Sri Azalina Othman Said. Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah Azizul Rahman b. Abdul Wahab, Presiden Persatuan Paintball Malaysia dan Mr Chuck Hendsch, National Profesional Paintball League (NPPL) dari Amerika Syarikat.

Majlis ini juga berjaya mendapat perhatian dari beberapa kelab-kelab profesional dari luar negara termasuk Amerika Syarikat, apabila sebanyak 4 kumpulan dari NPPL telah beradu strategi dan tenaga di peringkat profesional semalam.

Selain itu, majlis yang diadakan di Stadium Bandar Penawar pagi semalam itu telah di serikan dengan persembahan para motor seramai 3 orang dari Persatuan Sukan Udara Selangor. Tidak ketinggalan, pasukan pancaragam dari Pengkalan TLDM KD Sultan Ismail, turut di undang untuk memberikan persembahan bagi menyerikan aturcara majlis yang diadakan itu.

Azalina yang tiba pada jam 10.00 pagi telah di sambut dengan paluan kompang oleh pasukan dari Gugusan Adela. Sejurus selepas itu, para jemputan telah di hiburkan dengan tarian pencak silat sebelum majlis perasmian dimulakan.

Azalina di dalam ucapannya semasa merasmikan majlis itu berkata adalah menjadi harapan beliau sekiranya majlis pada hari itu berjaya dilaksanakan dengan jayanya, maka ia wajar dijadikan sebagai acara tahunan.

“Program pada kali ini adalah titik permulaan yang baik, sekirnya berjaya mungkin kita akan menjadikan sebagai acara tahunan” katanya..

“Adalah tidak mustahil sekiranya pada tahun hadapan sukan ini di buat di Kuala Lumpur dengan penyertaan yang lebih besar” katanya lagi.

Sebaik merasmikan majlis pada pagi itu, Azalina telah mengadakan pertandingan persahabatan paintball dengan menetang pasukan dari rumah.

Semasa pertandingan persahabatan tersebut, Azalina berjaya menembak salah seorang peserta lawan yang akhirnya membolehkan beliau merampas bendera pasukan lawan. Pertandingan persahabatan tersebut telah dimenanggi oleh pasukan yang diwakili oleh Azalina.

Pertandingan pada hari itu telah di menangi oleh pasukan dari Kiwi (New Zealand) diikuti oleh pasukan Warriors (Australia) dan tempat ketiga dari Persian League (Iran) dan Demondz (Malaysia)

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

AZALINA BERGOTONG-ROYONG MEMBAIKI RUMAH PENDUDUK KAMPUNG Majlis Makan Malam YBM di Awana, London

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

August 2008
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: