AZALINA BERGOTONG-ROYONG MEMBAIKI RUMAH PENDUDUK KAMPUNG

August 5, 2008 at 4:58 am Leave a comment

3 Ogos, Sungai Kapal – Satu program kemasyarakatan telah di anjurkan oleh Polis Traffik Kuala Lumpur dengan kerjasama Parlimen Pengerang. Program yang diadakan semalam, bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dan persefahaman di antara anggota polis dan masyarakat.

Pogram yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu telah di hadiri oleh Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato’ Seri Azalina Othman Said dan Ketua Polis Traffik Kuala Lumpur, Superintendan Polis, A. Wahab b A. Hamid.

Seramai 80 orang anggota traffik dan pegawai polis dari Kuala Lumpur telah berkampung di Kampung Sungai Kapal bagi menjayakan misi kemasyarakatan ini.

Di dalam program tersebut anggota polis traffik Kuala Lumpur dan sukarelawan parlimen Pengerang telah bergotong-royong membaiki 3 buah rumah penduduk kampung Sungai Kapal yang kurang berkemampuan.

Pada majlis itu, polis traffik Kuala Lumpur turut bermurah hati menyumbangkan 4 unit ‘hamper’ berupa makanan berkhasiat kepada kanak-kanak cacat di kampung tersebut yang disampaikan oleh Azalina.

Berkotak-kotak pakaian terpakai turut di sumbangkan kepada Azalina untuk di agih-agihkan kepada penduduk miskin di sekitar kawasan Pengerang.

Salah seorang anggota tarffik Sarjan Mejar Norlaila bt Majid, 55 yang di temui berkata program yang diadakan ini bertujuan untuk merapatkan jurang di antara pihak polis dan orang awam.

“Program yang diadakan ini antara lainnya bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam meneruskan kehidupan seharian” katanya.

Salah seorang penduduk Azizah Mansor, 82 sempat melahirkan rasa terharu yang tidak terhingga di atas kesudian YB Ahli Parlimen untuk bersama-sama penduduk kampung bergotong-royong untuk menyiapkan rumah tersebut.

“Sebelum ini saya hanya mendengar cerita orang yang mengatakan Azalina adalah wakil rakyat yang prihatin dan mesra rakyat, tapi (tetapi) pada hari ini saya dapat melihat sendiri kebenaran kata mereka” katanya.

“Walaupun mempunyai tugas kerja yang padat, namun demi orang kampung beliau (Azalina) sanggup hadir walaupun di awal pagi” tegasnya lagi

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

KAKITANGAN KPL BERPESTA DURIAN DI BENTONG FLORAFEST PAINTBALL 2008 PENGERANG TARIK PENYERTAAN LUAR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

August 2008
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: