SUKAN RALI GAMIT PELANCONG KE PENGERANG

August 4, 2008 at 3:57 am 2 comments

2 Ogos, Bandar Penawar –Selepas memancing dan paint ball, kini Tanah Pengerang menjadi distinasi kepada pelumba-pelumba dari Kejohanan Rali Asia Pacifik sebagai gelanggang percubaan beradu kejaguhan sebelum perlumbaan seterusnya yang akan diadakan di Johor Bharu pada 11 dan 12 Oktober depan.

Menteri Pelacongan merangkap ahli Parlimen kawasan Pengerang, YB Dato’ Seri Azalina Othman Said, telah diberikan penghormatan melakukan ‘flag off’ untuk pusingan ke-4 Kejohanan Rali Malaysia (MRC) malam tadi.

Sebanyak 21 kereta telah di lepaskan dalam satu majlis yang diadakan itu yang mana perlumbaan akan di mulakan pada ke esokkan harinya, dengan kereta pertama akan mula bertolak dari Desaru Golden Beach Resort pada jam 11.00 pagi.

Peringkat kedua dan terakhir kejohanan tersebut di jangka akan di tamatkan selewat-lewatnya pada hari Ahad.

Ini adalah merupakan tahun ke-4 Malaysia menjadi tuan rumah untuk pusingan Kejohanan Rali tersebut. Malaysia merupakan salah sebuah negara dari 6 negara lain juga telah di pilih untuk menjadi hos bagi pertandingan ini.

Antara negara-negara lain yang terlibat ialah seperti Australia, Jepun, New Zealand, New Caledonia, China dan Indonesia.

Memandangkan Pertandingan yang diadakan ini akan mendapat liputan sebuah syarikat penyiaran dan akan ditayangkan melalui saluran Astro Ria, tidak mustahil ia akan berjaya menarik minat ramai pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke negara ini.

Entry filed under: JejakAzalina.

Pelancongan Islam Perlukan Idea Baru-Azalina KAKITANGAN KPL BERPESTA DURIAN DI BENTONG

2 Comments Add your own

  • 1. Tan Choon Chye  |  August 18, 2008 at 4:26 pm

    I visit Malaysia for business and holiday. But I find that the taxi service is something that will mar the beautiful image of this country. Most of the Taxi driver are indians and they are like mafia and refuse to pick up customers who wants to use the meter but instead extort ridiculous amount of money for a short distance drive. This has been going for years and I think it is about time the transport ministry should take action soon against such errant taxi driver. You can find these drivers easily in front of KLCC in the evening. Otherwise from far KLCC Twin towers look impressive but the experience down below is really disappointing.

    Reply
  • 2. Bannie  |  September 10, 2008 at 12:36 pm

    Dengan apa yang di beritahu oleh Mr.Tan Choon Chye,saya rasa pihak berwajib mestilah mengambil tindakan dengan segera,bagi membendung gejala itu berterusan…kerana pengangkutan awam juga memainkan peranan yang besar dalam mencerminkan wajah Malaysia di mata umum….Terimakasih.

    Reply

Leave a comment

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

August 2008
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Pautan

Feeds