Pelancongan Islam Perlukan Idea Baru-Azalina

August 1, 2008 at 1:51 am Leave a comment

Walaupun diakui Pelancongan Islam kini semakin berkembang berikutan timbulnya minat masyarakat dunia untuk mengetahui cara hidup masyarakat negara Islam dan sejarah negara-negara tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan kegemilangan Islam, namun bagitu ia masih memerlukan pandangan dan sokongan dari semua pihak.

Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Azalina Othman Said ketika dalam ucapan perasmian Program Global Islamic Tourism Conference & Exhibition yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) baru-baru ini.

Katanya, setiap agensi pelancongan di negara ini perlu berperanan dan sentiasa memikirkan cadangan serta idea baru yang lebih mendalam ke arah usaha untuk memajukan lagi industri Pelancongan Islam negara disamping berusaha merubah persepsi negatif terhadap industri ini.

Tambah Azalina lagi, kejayaan industri pelancongan juga banyak bergantung kepada kesedaran dan kerjasama semua pihak, terutamanya penggerak sektor-sektor pelancongan negara agar lebih bersifat terbuka dan sedia berkongsi pendapat dengan mana –mana agensi yang berkaitan.

Persidangan Pelancongan Global Islam dan Pameran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang diadakan pada 30 Julai hingga 01 Augos 2008.

Dalam program tersebut juga Azalina yang mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak turut mengigatkan pengiat-pengiat pelacongan agar keluar dari kepompong lama dan sentiasa mencari idea-idea baru untuk disalurkan dalam bentuk cadangan yang bernas.

“Jika rakyat menerima dan sedar nilai pelancongan, sudah tentu mereka tahu menjaga keselamatan serta kehidupan mereka kerana ia berkaitan dengan cara hidup,” katanya.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Perhimpunan Bulanan KPL Meriah SUKAN RALI GAMIT PELANCONG KE PENGERANG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

August 2008
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: