Perhimpunan Bulanan KPL Meriah

July 29, 2008 at 9:25 am Leave a comment

Perhimpunan bulanan Kementerian Pelancongan bagi bulan Julai, yang diadakan di ruang letak kereta, Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, semalam 28 Julai 2008 telah berlangsung dalam suasana bagitu meriah dan penuh dengan semangat kekeluargaan.

Program yang lazimnya dipenuhi dengan ucapan dan nyayian lagu Negaraku, kali ini telah berubah wajah apabila ia turut diadakan di tempat yang terbuka serta diserikan dengan acara-acara yang lebih bersifat santai dan menghiburkan.

Selain pertandingan paintball antara unit dan beberapa acara lagi, perhimpunan bulanan pada kali ini juga turut diselitkan dengan hidangkan dengan buah-buahan tempatan seperti Durian, Manggis dan rambutan. Dimana kakitangan yang hadir pada perhimpunan tersebut, bebas untuk menikmatinya.

Dalam majlis itu juga, kakitangan Pelancongan Malaysia juga turut dihiburkan dengan gelagat Dato’ Sri Azalina serta pengawai-pegawai di Pejabat Menteri beradu kecekapan serta kepintaran dalam sebagai pahlawan sukan `paintball’.

Program yang bermula jam tiga petang dan dimulakan dengan ucapan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kementerian Pelancongan), Datuk Hj. Abdul Ghafar A. Tamby, kemudiannya di ikuti dengan ucapan ringkas, Menteri Pelancongan Malaysia, Dato’ Sri Azalina Othman Said, diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertadingan `paintball’.

Dalam ucapannya sebelum itu, Dato Sri Azalina turut berjanji akan mengadakan perhimpunan seumpamannya dalam suasana yang lebih meriah lagi dan memaklumkan bahawa ia akan diadakan di permis yang lebih baik di masa-masa akan datang.

“Saya harap pehimpunan seumpamanya ini mampu menjadi jambatan untuk merapatkan lagi kemesraan dan kerjasama dikalangan kakitangan Pejabat Pelancongan semua,”ujar Azalina ringkas.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Azalina hanya perlu tujuh lagi pencalonan Pelancongan Islam Perlukan Idea Baru-Azalina

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: