Festival Silat Antarabangsa negara jadi tuan rumah

July 28, 2008 at 2:36 am Leave a comment

PERHIMPUNAN lebih 1,000 pengamal seni bela diri pada Simposium Seni Bela Diri Antarabangsa (Isma) di San Antonio, Amerika Syarikat pertengahan Mei lalu membuahkan hasil besar kepada dunia persilatan negara.

Persembahan cemerlang 50 ahli Pertubuhan Seni Silat Ikatan Kalam Utama Malaysia (Pikum) membolehkan negara terpilih sebagai penganjur dan tuan rumah pertama Festival Seni Bela Diri Antarabangsa (IMAF).

Acara tersebut akan berlangsung pada 20 hingga 31 Oktober depan serentak dengan Kongres Keamanan Dunia ke-18 bertempat di Hotel Sunway Resort dan Pusat Konvensyen Sunway Piramid, Petaling Jaya, Selangor.

Ia dijangka menghimpunkan lebih 3,000 peserta dari seluruh dunia.

Hak penganjuran IMAF diberikan melalui pengiktirafan daripada World Head of Family Skeship Council (WHFSC) selaku badan antarabangsa yang mewakili semua mahaguru seni bela diri di seluruh dunia.

IMAF turut disokong oleh Persatuan Pendidik Antarabangsa bagi Keamanan Dunia (IAEWP) yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mahaguru Pikum, Prof. Zahalan Man berkata, peluang yang diberikan kepada negara itu akan dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk mengembangkan seni warisan bangsa ke peringkat lebih luas.

Katanya, penguasaan seni itu juga akan dijadikan agenda di dalam seminar dan perbincangan bersama wakil-wakil persatuan bela diri yang lain.

“Persatuan silat dan seni bela diri negara yang lain akan dijemput untuk mempamerkan keistimewaan masing-masing,” katanya.

Zahalan berkata, usaha untuk memartabatkan silat memerlukan kerjasama daripada banyak pihak memandangkan silat yang pernah mempertahankan kedaulatan negara dan mengangkat jati diri itu, kini hanya diiktiraf melalui pertandingan dan pencapaian sukan sahaja.

“Nenek moyang kita dulu mempelajari silat seperti mereka mengutamakan kelas-kelas agama,” ujarnya.

Selain bertujuan merangsang minat rakyat, IMAF juga diharap akan memperkenalkan negara sebagai pusat pendidikan seni bela diri terkemuka di rantau ini.

Resolusi dan hasil pertemuan itu nanti akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum dikemukakan kepada PBB.

Turut memeriahkan festival itu nanti adalah penampilan istimewa oleh bintang-bintang filem yang popular melalui aksi seni mempertahankan diri.

Sementara itu, Isma ke-16 yang berlangsung selama tiga hari di Texas sebelum ini berakhir dengan simpulan persahabatan yang kukuh di antara pengamal seni bela diri terkemuka walaupun diselangi pertarungan antara ‘buku dengan ruas’.

Acara itu dibahagikan kepada empat komponen utama iaitu pameran, bengkel, pertandingan dan seminar.

Antara pengamal seni bela diri yang terlibat adalah Jeet Kune Do, Gati Chi, Ju Jitsu, San Jitsu, Seicho Jutsu, Taek Won Do, Pambuan Arnis, Ryukyu Kempo, Ty-Ga Karate, Universal Cane Sytem, Aiki Tora Ryu, Bushido Kempo dan Sambo Russia ROSS System.

Pengiktirafan kepada komitmen yang ditunjukkan oleh delegasi Pikum dibalas dengan penganugerahan pingat oleh WHFSC.

Anugerah Tokoh Sejarah diterima Zahalan sendiri, diikuti anugerah Kepimpinan Nasional oleh Datuk Shahul Hamid M.A Bakar dan Sheikh Shahawal Ali Sheik Kamaruddin (Anugerah Konvensyen Nasional).

Sebagai penghormatan di atas ketokohan pemimpin negara dalam sukan itu, WHFSC turut menghadiah- kan anugerah Kepimpinan Antarabangsa kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Perarakan kereta berhias Pesta Flora pukau pengunjung Pesta Flora 2008 meriah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: