Perarakan kereta berhias Pesta Flora pukau pengunjung

July 27, 2008 at 2:36 am Leave a comment

JOHOR BAHRU 26 Julai — Perarakan kereta berhias sempena Pesta Flora yang diadakan bandaraya ini hari ini berlangsung dengan penuh warna warni dan berjaya menarik ribuan pengunjung termasuk pelancong asing.

Perarakan bermula 9.30 pagi dari Dataran Bandaraya melalui Jalan Straits View menuju ke Danga Bay itu yang dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan turut disiarkan secara langsung oleh RTM1.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut berangkat menyaksikan perarakan itu.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri Datin Prof Dr Jamilah Ariffin, Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said dan barisan pemimpin kerajaan Johor.

Perarakan 17 kereta berhias termasuk peserta dari Shuzou dan Macau, China dimulakan oleh kereta berhias Terengganu dan diakhiri kereta berhias Johor membuatkan penonton yang menghadap pemandangan Selat Tebrau bersorak dan terpukau dengan konsep kekayaan dan warisan negeri yang dibawa para peserta.

Kereta berhias tuan rumah menampilkan konsep “Desaru” iaItu sebagai pusat pelancongan terkenal di Johor dan pemenang perarakan akan dipilih berdasarkan tema dan kreativiti.

Cuaca yang redup membolehkan para penari yang mengenakan busana beraneka warna dan beraneka ragam menghidupkan lagi suasana perarakan yang diselang-seli dengan persembahan pancaragam sekolah.

Perarakan kereta berhias itu merupakan satu daripada acara sempena Pesta Flora yang berlangsung di sini bermula Rabu lepas hingga Ahad ini.

Selain perarakan kereta berhias, pesta kali kedua selepas dianjurkan di Putrajaya tahun lepas itu, turut menyediakan 36 bazar dan pameran bunga-bungaan kepada pengunjung di Danga Bay.

Dengan bertemakan “Warna-Warna Harmoni” kerajaan negeri berharap pesta yang mensasarkan 100,000 pengunjung itu mampu menarik pelancong ke Johor selain membantu pengusaha bunga memasarkan hasil tanaman mereka.

— BERNAMA

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Lagenda Tenis berentap di KL Festival Silat Antarabangsa negara jadi tuan rumah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: