Lagenda Tenis berentap di KL

July 24, 2008 at 8:07 am Leave a comment


CERIA: Rosmah (tiga dari kanan) dan Azalina (tiga dari kiri) bergambar kenangan pada pelancaran Showdown of Champions 2008, di Kuala Lumpur, semalam.

Bjorn Borg, McEnroe sertai ‘Showdown of Champions 2008’ November ini

PEMAIN nombor satu dunia, Roger Federer dan dua legenda tenis, Bjorn Borg dan John McEnroe akan terbabit dalam perlawanan pertunjukan “Showdown of Champions 2008” di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 18 November ini.

Trio itu akan disertai pemain keempat, sama ada juara baru kejohanan Wimbledon dan pemain nombor dua dunia Rafael Nadal atau pemain handalan Amerika Syarikat, James Blake untuk melengkapkan barisan bintang.

“Keputusan siapa yang akan bermain di Malaysia akan bergantung kepada keputusan perlawanan separuh akhir Piala Davis di antara Sepanyol dan AS di Madrid pada 21 September,” kata Nick Freyer, Naib Presiden Kanan dan Ketua Tenis IMG Asia, penganjur kejohanan itu, pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.

Jika Sepanyol tewas perlawanan itu, Nadal akan hadir di Kuala Lumpur tetapi jika AS kalah, Blake, yang kini pemain nombor lapan dunia, akan beraksi di sini.

Pelancaran perlawanan pertunjukan itu disempurnakan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung kejohanan dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said.

” Kita akan menyaksikan secara langsung perlawanan antara bintang 80-an, Borg dan McEnroe diikuti pertemuan Federer dengan pemain keempat. Dan perlawanan akhir adalah antara Federer dan Borg menentang McEnroe dan pemain keempat,” kata Freyer.

Sementara itu, Rosmah berkata dua yayasan tempatan iaitu Kiwanis Down Syndrome Foundation National Centre dan Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia akan menerima sumbangan daripada perlawanan pertunjukan itu.

” Saya berharap perlawanan pertunjukan ini akan menarik liputan global buat Malaysia dan disaksikan berjuta-juta orang di seluruh dunia,” katanya.

** Dipetik dari Berita Harian

#


Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Ministry to give Klang tourism boost Perarakan kereta berhias Pesta Flora pukau pengunjung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: