Pusat khidmat bergerak selesai 300 kes dalam 6 bulan

July 21, 2008 at 3:40 am Leave a comment

KOTA TINGGI 21 Julai – Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pengerang menerusi Pusat Khidmat Bergerak berjaya menyelesaikan sebanyak 300 kes membabitkan permasalahan rakyat dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Ahli Parlimennya, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding hanya 260 kes dalam tempoh yang samapada tahun lalu.

Katanya, bagi jumlah keseluruhan tahun lalu pihaknya berjaya menyelesaikan 715 kes manakala pada tahun ini sasaran kes yang mampu diselesaikan ialah 820 kes.

“Tujuan saya menubuhkan pusat itu yang berpejabat di Felda Air Tawar Lima adalah untuk memudahkan warga Pengerang membuat aduan, mengemukakan masalah atau apa sahaja yang berkaitan.

Kemudahan”Ini kerana Parlimen Pengerang terbahagi kepada dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Penawar dan Tanjung Surat maka agak berjauhan dari pejabat kami yang berada di Felda Air Tawar Lima dan pusat khidmat ini dapat memberi kemudahan kepada mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menteri Pelancongan itu berkata, ia juga berjaya mendekatkan lagi pemimpin dengan penduduk setempat khasnya dengan mereka yang tinggal di pedalaman.

Katanya, kaedah ini juga dapat memudahkan mereka membuat aduan tanpa ada sebarang kerenah birokrasi.

“Berdasarkan kajian Khidmat Bergerak yang ditubuhkan empat tahun lalu telah memberi kesan besar kepada penduduk setempat di mana mereka berpuas hati kerana masalah yang dihadapi dapat diselesaikan secara baik dan pantas,” katanya.

Tambah Azalina, sesuai dengan perkembangan semasa, baru-baru ini pusat itu telah melangkah setapak lagi dengan mewujudkan sistem aduan secara online iaitu sistem yang direka untuk memastikan semua aduan yang diterima dapat diselesaikan secepat mungkin.

Jelasnya, setiap aduan yang diterima dibahagikan kepada empat pendekatan penyelesaian iaitu aduan, sokongan, peruntukan dan lain-lain.

“Ini bagi mengelakkan pengadu tertunggu-tunggu akan status permohonan yang dibuat, ia juga bertujuan mengelakkan sebarang aduan yang dibuat terlepas pandang dan tiada sebarang tindakan yang diambil.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Azalina dapat 13 pencalonan Ketua UMNO Bahagian Pengerang Mesyuarat Mesra Sekretariat NGO MT UMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: