Azalina dapat 13 pencalonan Ketua UMNO Bahagian Pengerang

July 21, 2008 at 3:38 am Leave a comment

Oleh Maznah Mohd. Arsad

KOTA TINGGI 21 Julai – Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said berjaya mendapat sokongan kesemua 13 cawangan yang bermesyuarat semalam bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang.

Setiausaha UMNO bahagian itu, Nizam Ali berkata, pencalonan itu bermakna Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang mendahului penyandang jawatan, Datuk Harun Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat.

Menurutnya, setakat ini 13 daripada 33 cawangan dalam Bahagian Pengerang telah bermesyuarat manakala baki 20 cawangan lagi dijangka bermesyuarat pada 26 dan 27 Julai ini.

“Keputusan itu diperolehi hasil mesyuarat UMNO di 13 cawangan yang diadakan di kawasan masing-masing semalam.

“Cawangan itu ialah Kampung Punggai, Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Sungai Buntu, Pasir Gogok, Tanjung Serindit, Air Tawar Empat, Air Tawar Lima, Kampung Baru Sungai Mas, Tanjung Buai, Bandar Mas, Felda Semenchu dan Felcra Sungai Layau,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Jelas Nizam, ia juga menunjukkan kedudukan Harun selaku Ketua UMNO Bahagian Pengerang yang disandang sejak 2004 dengan memimpin 33 cawangan tidak lagi kukuh setelah dicabar oleh Azalina yang juga Naib Ketua UMNO bahagian itu. – Utusan.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Pusat Komputer Pengerang Pusat khidmat bergerak selesai 300 kes dalam 6 bulan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: