Pusat Komputer Pengerang

July 20, 2008 at 3:33 am Leave a comment

Oleh HANIZA HASSAN

KOTA TINGGI 20 Julai – Seramai 1,260 penduduk di kawasan Parlimen Pengerang telah menikmati kemudahan Pusat Komputer Parlimen Pengerang yang ditubuhkan empat tahun lalu.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pusat itu yang dilengkapi 20 unit komputer dan talian Internet berpusat di Felda Air Tawar Lima, di sini telah memberi pendedahan dan pengetahuan asas komputer di kawasan luar bandar khasnya kepada mereka yang kurang mampu.

“Apa yang membanggakan, menerusi pusat itu ia bukan sahaja disertai di kalangan warga muda, sebaliknya turut mendapat penyertaan di kalangan kira-kira 250 warga emas yang ingin mengetahui dunia teknologi maklumat berkenaan.

“Bagi saya, ini merupakan satu pencapaian yang cukup memberangsangkan kerana mereka mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mempelajari ilmu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Azalina yang juga Menteri Pelancongan berkata, penduduk yang berminat akan diberi kursus jangka pendek selama tiga hingga empat bulan sebelum satu ujian penilaian diberikan.

Menurutnya, tenaga pengajar yang mengendalikan kursus tersebut merupakan mereka yang mendapat pengiktirafan daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“Penyertaan amat menggalakkan terutamanya daripada golongan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Mereka cenderung untuk memasuki kursus ini sebagai persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Katanya, dalam kursus tersebut, peserta diajar mengenai penggunaan perisian Windows, Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point dan asas Internet.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Ferry service revival Azalina dapat 13 pencalonan Ketua UMNO Bahagian Pengerang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: