Traxx FM bantu jaja Malaysia

July 14, 2008 at 1:53 am Leave a comment

Dipetik dari :Berita Harian

LANCAR: Azalina dan Ahmad Shabery merasmikan Traxx FM dengan memasang pelekat stesen radio itu di teksi terpilih.

Stesen radio pelancongan bersiaran selama 24 jam, ada studio mini di Matic

DUA menjadi satu demi kepentingan bersama. Itu yang dapat disimpulkan melalui gabungan Kementerian Pelancongan dan Penerangan maka terhasillah stesen radio Traxx FM dengan tag line, Travel N Music.

Menggunakan bahasa Inggeris sebagai penghantar utama ia selaras dengan bahasa ini yang dianggap sebagai bahasa pengantara dunia dan bersesuaian untuk menarik minat pelancong asing. Kehadiran stesen radio pelancongan ini mampu mengembangkan dan memberi satu anjakan paradigma buat sektor ini di tanah air.

Traxx FM menerjah persada dengan tujuan bersaing secara sihat dan bermatlamat untuk menjadi trendsetter dengan persekitaran yang positif. Hakikatnya, wujud beberapa stesen yang berorientasikan bahasa Inggeris seperti Hitz FM dan Fly FM yang sudah mula menarik perhatian pendengar. Inilah yang dinamakan dunia kompetitif yang sentiasa bergerak ke satu fasa yang lebih baik.

Menurut Suhaila Md Zaini yang bertindak sebagai Ketua Bahagian Rancangan Traxx FM, kelompok sasaran stesen ini difokuskan kepada golongan remaja dan belia dan bersiaran selama 24 jam secara langsung.

Sebelum berlakunya proses penjenamaan semula stesen radio RTM, Traxx FM dulunya dikenali sebagai Radio 4. Selain beroperasi di Wisma Radio, Angkasapuri, RTM, Traxx FM juga mempunyai studio mini di Matic beroperasi pada dua sesi, jam 9 hingga hingga 10 pagi dan 12 tengah hari hingga 2 petang.

“Kalau dulu kelompok pendengar kami lebih kepada golongan dewasa, kami ketatkan skop itu lebih kepada muda dari lingkungan umur 15 hingga 39 tahun dengan memaksimumkan tugas 23 orang penyampai radio kami yang terbabit sebaik mungkin. Promosi kami memperkenalkan penyampai dan stesen itu sendiri menerusi siri jelajah sudah dilaksanakan sejak tahun lalu dan selepas ini akan dipanjangkan lagi usaha mempromosi stesen kami.

“Dari perbincangan kedua-dua kementerian, lalu terhasillah Traxx FM. Pemilihan lagu lebih kepada lagu terkini, popular dan antarabangsa. Kita juga tidak lupa memutarkan lagu daripada pelbagai genre termasuk rock, jazz, R&B dan sebagainya. Sebagaimana stesen radio lain, kita tidak lupa memastikan kepuasan pendengar melalui segmen dedikasi dan lagu pilihan mereka.

“Kita juga mempunyai segmen carta lagu pilihan paling kerap diminta pendengar. Setiap hari juga kita menyiarkan slot radio di Melbourne, Australia yang dipanggil ABC dan bersiaran setiap Khamis dari jam 8.40 hingga 9 pagi. Stesen radio kami juga akan menghebahkan kepada pendengar dan pelancong asing mengenai lokasi menarik di Malaysia yang boleh dikunjungi,” katanya.

Biarpun masih terikat dengan beberapa syarat berkaitan perihal gaya ‘lama’ stesen milik kerajaan, Traxx FM tidak ingin berada di takuk lama dan cuba mengimbanginya dengan aspek komersial. Itu janji stesen radio ini yang mahu mencipta program baru supaya dapat menarik perhatian agensi dan klien yang terbabit dengan pengiklanan.

“Tak dinafikan mana-mana stesen radio pasti mengharapkan iklan bagi memperoleh keuntungan. Lalu, kami akan pastikan kandungan program, persembahan dan pelbagai aspek akan lari sedikit daripada konsep biasa stesen yang bertunjangkan kerajaan. Tapi bukan semudah memetik jari untuk merealisasikannya, ia memerlukan usaha yang jitu termasuk penekanan kepada aspek promosi untuk terus menarik pendengar baru daripada masa ke semasa,” kata Suhaila lagi.

Majlis pelancaran Traxx FM dilakukan pada 10 Julai lalu di Matic, Jalan Ampang dan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

INFO: Traxx FM

  • Bersiaran di Malaysia dan termasuk negara jiran Thailand, Singapura, Brunei, Indonesia dan Australia.
  • Ada di antara penyampai radio stesen ini yang turut menjadi pembaca berita di RTM
  • Skop penyampaian dan maklumat berlandaskan dasar-dasar semasa kerajaan, mempromosikan destinasi pelancongan, menonjolkan aktiviti seni, budaya, makanan, kraftangan dan sebagainya.
  • Antara segmen yang ada seperti Music Intensive, Sports & Leisure, Info & Facts, Travel N Destination, Food Feature, Lifestyle & Health dan Shopping & Events.
  • Antara nama penyampai radio stesen ini seperti Mary, Constantine, Shaz, Kylie, Shila dan Nicky.
  • Entry filed under: JejakAzalina.

    Anugerah harumkan nama peneroka Cipta rekod : Program ‘Seafood Nite’ 2008

    Leave a comment

    Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


    Kami Amat Menghargai

    Kalendar Jejak

    July 2008
    M T W T F S S
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  

    Pautan

    Feeds