Anugerah harumkan nama peneroka

July 14, 2008 at 1:45 am Leave a comment

KOTA TINGGI 13 Julai – Ketua Kampung Felda Semenchu, Omar Deen menyifatkan kejayaan Felda itu meraih Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2008 dengan mengalahkan 34 Felda lain, merupakan satu kejayaan yang mengharumkan nama Felda berkenaan di seluruh negara.

Omar, 58, yang meneroka Felda itu sejak 1977 berkata, beliau amat berbangga dengan kejayaan tersebut berikutan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh seluruh masyarakatnya mendapat pengiktirafan tertinggi dan membuahkan hasil membanggakan.

“Cuba bayangkan keadaan kami ketika awal-awal berpindah ke sini sama seperti para peneroka di Felda lain yang pada asalnya cuma ada sebuah rumah, tiada elektrik dan bekalan air diperolehi secara berkongsi yang lebih dikenali paip awam.

“Berkat ketabahan dan kerja keras yang ditunjukkan oleh seluruh warga Felda Semenchu, kini kami muncul sebagai Felda terbaik daripada 317 Felda di seluruh negara,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Felda Semenchu meraih Anugerah Keceriaan Kampung Felda 2008 dengan menggondol hadiah bernilai RM1 juta dengan hadiah dan pengiktirafan itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Kuala Lumpur.

Omar memberitahu, sebagai imbuhan sebanyak RM700,000 wang tersebut akan diagih-agihkan kepada 628 peneroka iaitu RM1,000 seorang.

“Daripada RM700,000 itu juga kita akan agih-agihkan sedikit kepada beberapa sekolah, kilang kelapa sawit dan pihak-pihak yang memberikan komitmen,” katanya.

Omar berkata, formula memenangi anugerah itu ialah sentiasa mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan seluruh pemimpin masyarakat termasuk ketua-ketua blok Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Gerakan Kesatuan Wanita (GPW) serta pihak yang berkaitan.

“Satu lagi formula yang harus diamalkan dalam bermasyarakat, khususnya dalam apa jua aktiviti yang hendak dilaksanakan, ketua atau pemimpin perlu kena buat dulu atau dengan kata lain kepimpinan melalui teladan.

“Maknanya kita kena tunjukkan contoh yang rumah kita mesti indah dan bersih dan kita juga mempunyai daya kepimpinan yang tinggi baik dalam keluarga dan masyarakat, baru anak buah pandang kita,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga turut mempromosikan slogan yang mampu menawan hati penduduk antaranya Indah menarik dan menawan dan bila kampung indah dan cantik maka pelawat dan pelancong akan berkunjung bagi meningkatkan semangat penduduknya.

Tambah Omar, faktor Ahli Parlimen Pengerang yang juga Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said turut menjadi pendorong kepada penduduk Semenchu untuk memajukan kawasan itu.

Katanya, ini kerana, Azalina yang sebelum ini sebagai Menteri Belia dan Sukan dan ahli UMNO Cawangan Semenchu telah memberikan banyak prasarana di Felda itu antaranya Kompleks Sukan bernilai RM2 juta dan Dewan Orang Ramai Semenchu yang bernilai RM500,000.

(Dipetik dari Utusan Malaysia)

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Kempen Zoom Malaysia Berupaya Kembalikan Kegemilangan Desaru Traxx FM bantu jaja Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: