Kempen Zoom Malaysia Berupaya Kembalikan Kegemilangan Desaru

July 13, 2008 at 4:22 am Leave a comment

KOTA TINGGI, 13 Julai (Bernama) — Kempen pelancongan domestik Zoom Malaysia yang dilancarkan Mei lepas memberi peluang kepada Kementerian Pelancongan untuk mengembalikan semula kegemilangan Desaru sebagai pantai peranginan popular.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman berkata, Desaru merupakan antara destinasi pelancongan pilihan di kalangan pelancong tempatan dan asing terutama warga Singapura satu ketika dahulu.

“Namun begitu, tahun demi tahun, reputasi Desaru sebagai pantai peranginan terkenal semakin pudar dan hampir dilupakan berikutan pembangunan destinasi-destinasi pelancongan yang lain.

“Sebagai Menteri Pelancongan, saya menganggap bahawa kewujudan Kempen Zoom Malaysia merupakan satu rahmat untuk saya berusaha mengembalikan kegemilangan Desaru sebagai pantai peranginan yang indah lagi terkenal,” katanya ketika merasmikan Karnival Zoom Desaru dan Seafood Nite 2008 di Pantai Tanjung Balau, di sini malam tadi.

Beliau berkata Desaru mempunyai banyak kelebihan terutamanya dari segi warisan khazanah alam, manakala Pantai Tanjung Balau merupakan antara pantai yang terindah di Malaysia.

Pantai di Desaru yang menghadap Laut China Selatan, katanya menghasilkan ombak yang tinggi ketika musim monsun dan ia boleh dijadikan peluang untuk mempromosi Desaru sebagai destinasi sukan luncur air atau surfing.

Johor pula kata Azalina, merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan tempat bersejarah dan memiliki budaya serta kesenian yang tinggi nilainya.

Acara kesenian seperti tarian kuda kepang dan zapin mampu diketengahkan sebagai sebahagian daripada tarikan pelancongan ke Johor dan usaha perlu dilaksanakan oleh penduduk untuk mengaktifkan semula warisan kesenian tersebut, katanya.

Azalina berkata, mengikut perangkaan Jabatan Imigresen sebanyak 23.9 juta pelawat asing melawat Johor pada 2007, iaitu peningkatan sebanyak 17.6 peratus berbanding tahun 2006.

Katanya walaupun angka tersebut merangkumi pelawat harian, tetapi ia merupakan pencapaian yang positif dan amat memberangsangkan dalam menjadikan Johor sebagai destinasi percutian yang berdaya saing.

— BERNAMA

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

KARNIVAL ZOOM! DESARU KEMBALIKAN KEGEMILANGAN DESARU Anugerah harumkan nama peneroka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: