KARNIVAL ZOOM! DESARU KEMBALIKAN KEGEMILANGAN DESARU

July 12, 2008 at 2:12 pm Leave a comment

KOTA TINGGI, 12 Julai (Bernama) — Karnival Zoom! Desaru yang berlangsung selama dua hari mulai semalam berjaya menarik 15,000 pengunjung ke destinasi pelancongan itu, yang pernah terkenal di Johor suatu ketika dahulu.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said berkata karnival itu dianjur bagi mengembalikan kegemilangan Desaru sebagai pantai peranginan yang kaya dengan warisan khazanah alam.

“Desaru merupakan antara destinasi pelancongan terpilih di kalangan penduduk tempatan dan luar negara terutama rakyat Singapura.

“Namun begitu, tahun demi tahun reputasi Desaru sebagai pantai peranginan terkenal semakin pudar dan hampir dilupakan berikutan pembangunan destinasi pelancongan yang lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival itu di sini hari ini.

Azalina berkata pihaknya telah berbincang dengan Kementerian Pengangkutan bagi mewujudkan semula perkhidmatan feri antara terminal feri Changi di Singapura ke terminal feri Belungkor di sini untuk menarik lebih ramai pelancong Singapura ke Desaru.

“Penamatan perkhidmatan feri yang pernah menjadi antara pengangkutan rakyat Singapura sekitar 90-an sedikit sebanyak telah mengurangkan jumlah pelancong ke sini,” katanya.

Beliau berkata penduduk dari 33 kampung di sekitar Desaru mengadakan jualan produk makanan dan kraftangan masing-masing sepanjang tempoh karnival berlangsung.

Selain itu, satu rekod Ikan Bakar Terpanjang di Malaysia sepanjang 450 meter dengan anggaran kos kira-kira RM200,000 berjaya dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.

Pelbagai jenis ikan termasuk cencaru, kembung, siakap, tenggiri dan selar disediakan untuk pengunjung yang hadir.

— BERNAMA

 

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Malaysia Bakal Destinasi Konvensyen Terkemuka Dunia Kempen Zoom Malaysia Berupaya Kembalikan Kegemilangan Desaru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: