Malaysia Bakal Destinasi Konvensyen Terkemuka Dunia

July 11, 2008 at 2:37 am Leave a comment

Kuala Lumpur : 10 Ogos – Melihatkan kepada perkembangan positif dan potensi yang ada serta usaha-usaha cuba diatur oleh Kementerian Pelancongan, Malaysia dijangka akan bakal menjadi destinasi konvensyen dan insentif terkemuka dirantau ini

Dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabat beliau hari ini, Menteri Pelancongan Malaysia, Dato’ Sri Azalina Othman Said turut melahirkan keyakinan beliau bahawa usha untuk menjadikan Negara ini sebagai destinasi paling digemari untuk dilangsungkan konvensyen bertaraf dunia mampu dirialisasikan.

Menurut Azalina, pertumbuhan melebihi 10 peratus menjelang 2010 yang ditunjukan negara, merupakan satu pentanda yang baik dan menjadi sandaran kenyakinan bahawa Malaysia akan lahir sebagai destinasi paling diminati untuk mengadakan konvensyen-konvensyen bertaraf dunia.

Tambah beliau, menyedari bahawa pertumbuhan positif ini mampu memberikan kesan yang baik kepada industri pelancongan Negara, dalam sidang akhbar itu juga beliau turut mengumumkan penubuhan sebuah biro yang dikenali sebagai Malaysia Convention Bureau (MCB).

Penubuhan MCB adalah bertujuan untuk memainkan peranan sebagai penggerak atau payung khusus dalam memperkasakan lagi Malaysia sebagai destinasi penganjuran konversyen bertaraf antarabangsa.

Selain itu, penubuhan biro ini juga sebagai usaha kementerian untuk mendapat hak penganjuran konvensyen bertaraf antarabangsa, memandangkan industri ini mampu memberikan pendapatan yang tinggi kepada negara.

Jelas Azalina, jika sudah mendapatkan hak penganjuran kepada konvensyen-konvensyen bertaraf antarabangsa, secara tidak langsung biro ini juga akan berperanan sebagai penyelaras kepada program-program yang diatur dengan lebih sempurna, teratur dan bersistematik.

“Walaupun sebelum ini pasaran konvensyen dan insentif telah lama ada di negara ini tapi perlaksanaannya masih belum teratur dan lacar. Masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki dan diselaraskan agar ianya dapat memberikan manfaat kepada negara,” katanya.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Perasmian Traxx Fm KARNIVAL ZOOM! DESARU KEMBALIKAN KEGEMILANGAN DESARU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: