PELANCONGAN CATAT PULANGAN KEDUA TERTINGGI NEGARA

July 9, 2008 at 2:33 pm

Industri pelancongan mencatat pendapatan kedua tertinggi negara selepas sektor pembuatan pada tahun lepas dengan perolehan sebanyak RM46.1 bilion. Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perolehan itu adalah hasil tukaran wang asing hasil daripada kunjungan 20.9 juta pelancong asing ke negara ini tahun lepas.

Ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di persidangan Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata kerajaan turut mensasarkan kedatangan pelancong asing seramai 24.6 juta orang dengan hasil pendapatan sebanyak RM59.54 bilion pada 2010.

Beliau berkata kementerian juga memperkenalkan produk pelancongan domestik iaitu “Zoom Malaysia” bertujuan memberi promosi kepada tempat pelancongan di seluruh negara secara adil dan sama rata.

Berhubung pertanyaan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mengenai prospek negara memajukan sektor pelancongan kesihatan, Azalina berkata bagi kajian separuh penggal RMK-9 2006/2010, sebanyak 637,975 pesakit dari luar negara telah mendapatkan rawatan di negara ini dan ia menyumbang pendapatan sebanyak RM457.5 juta.

Azalina berkata kementerian akan memperhebatkan promosi dalam bidang itu memandangkan Malaysia adalah antara negara yang mampu menawarkan perkhidmatan kesihatan terbaik di dunia.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Azalina: Pempena sedang disiasat Traxx Fm Introduces New Concept To Promote Tourism


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: