Malaysia bantu Iran tarik 1 juta pelancong

July 9, 2008 at 1:39 am Leave a comment

Dipetik dari Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 8 Julai – Malaysia akan membantu kerajaan Iran membangunkan sektor pelancongan negara itu yang menyasarkan kemasukan satu juta pelancong.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, persetujuan itu dicapai semasa pertemuannya dengan Naib Presidennya merangkap Ketua Perlancongan Iran (ICHTO), Esfandiar Rahim Mashae.

Menurutnya, selain meminta bantuan dalam bidang pelancongan, Iran juga mahu negara ini menjalinkan usahasama yang lebih aktif dengan sektor swasta mereka.

“Kerajaan Iran menyasarkan kemasukan satu juta pelancong. Mereka minta Malaysia membantu mengajar dan membimbing mereka bagi menjadikan sektor pelancongan suatu industri yang bermanafaat kepada Iran.

“Mereka berpendapat Malaysia telah melakukan kerja-kerja mempromosi sektor pelancongan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perasmian Sidang Kemuncak Keenam Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) di sini hari ini.

Azalina memberitahu, beliau difahamkan negara ini akan menjadi tumpuan pelancong Iran kerana keunikannya dengan seramai 7,000 pelancong negara itu mengunjungi Malaysia.

Pada 2006, Malaysia dan Iran telah menubuhkan jawatankuasa bersama pelancongan yang dianggotai 10 pakar bagi mempromosikan sektor pelancongan kedua-dua negara.

Menteri Pelancongan ketika itu, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mewakili Malaysia manakala Iran diwakili Esfadiar Rahim menandatangani perlaksanaan perjanjian persefahaman yang dimeterai antara Kementerian Pelancongan dan ICHTO, 22 Julai 2002.

Malaysia dan Iran turut menandatangani perjanjian kerjasama antara sektor swasta menerusi penubuhan syarikat kerjasama Malaysia-Iran yang akan turut mempromosikan sektor pelancongan kedua-dua negara.

Malaysia diwakili syarikat Truly Consultancy and Development Sdn. Bhd dan PEMPENA Sdn. Bhd manakala Iran diwakili Iran Tourism Development Corporation (ITDC)

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Rainforests Sabah’s star attraction Azalina: Pempena sedang disiasat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: