Azalina: Pempena sedang disiasat

July 9, 2008 at 1:52 pm Leave a comment

Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa juruaudit luar telah dilantik untuk menyiasat dakwaan penyelewengan dalam Pempena Sdn Bhd – sebuah anak syarikat Tourism Malaysia.

Menjawab soalan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), beliau berkata, ia telah diarahkan supaya menyiasat secara terperinci pelbagai dakwaan dalam laporan Malaysiakini pada 2 Julai lalu.

Dakwaan tersebut, yang terkandung dalam satu memorandum, turut mendakwa berlaku rasuah, penyelewengan dan pecah amanah oleh pegawai-pegawai kanan syarikat tersebut.

Dalam memorandum tersebut – salinannya turut dihantar kepada Azalina – beberapa kakitangan mendakwa beberapa keputusan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kanan tersebut, yang membabitkan jutaan ringgit dana pembangunan pelancongan, telah masuk ke kantung pihak-pihak lain.

Hari ini, Azalina menjawab perkara tersebut walaupun Speaker Pandikar Amin Mulia menasihatkan beliau tidak perlu menjawabnya kerana menurutnya, laporan tersebut belum disahkan.

Azalina berkata, laporan tersebut membangkitkan beberapa dakwaan penyelewengan dan beliau telah mengarahkan juruaudit luar supaya menyiasatnya.

Katanya, tindakan sewajarnya akan diambilnya jika didapati berlaku sebarang penyelewengan.

Menurutnya, ia juga akan mengadakan semakan perniagaan untuk mengkaji keputusan-keputusan terdahulu yang dibuat oleh lembaga pengarah syarikat berkenaan – http://www.malaysiakini.com

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Malaysia bantu Iran tarik 1 juta pelancong PELANCONGAN CATAT PULANGAN KEDUA TERTINGGI NEGARA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: