Kementerian Kenal Pasti Destinasi Pelancongan Di Seluruh Negara

July 7, 2008 at 2:48 am Leave a comment

SANDAKAN, 5 Julai (Bernama) — Kementerian Pelancongan sedang mengenal pasti destinasi menarik yang baru di setiap negeri di negara ini yang berpotensi untuk dijadikan produk pelancongan, kata Menterinya Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Destinasi-destinasi menarik di Malaysia tidak dipromosikan dengan begitu meluas sebaliknya mempromosikan produk pelancongan yang sama seperti Genting Highlands, Pulau Langkawi dan Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Sabah bermula Sabtu.

Katanya kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengetahui destinasi pelancongan yang boleh dituju.

Beliau turut mengakui bahawa sumber kewangan menjadi masalah dalam proses publisiti dalam negara.

“Kementerian akan meminta peruntukan yang lebih untuk promosi yang lebih kompleks dan komprehensif,” katanya.

Mengenai lawatan kerja ke Sandakan, beliau berkata ia adalah sebahagian daripada kempen Zoom! bagi setiap negeri untuk melihat produk-produk pelancongan negeri yang menarik.

“Sabah adalah sebuah negeri yang mempunyai destinasi menarik untuk ditonjolkan sebagai produk akuapelancongan,” katanya.

Azalina berkata lawatan ini juga akan mengenal pasti isu-isu berkaitan pelancongan dalam sesi dialog yang akan diadakan bersama peserta-peserta industri pelancongan Sandakan esok.

Beliau berkata Kementerian Pelancongan juga akan membantu dalam mempromosikan Festival Hutan Flora dan Fauna Antarabangsa yang akan berlangsung pada Ogos tahun depan.

Pelancarannya telah dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah pada 1 Jun lepas di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC), Sepilok.

— BERNAMA

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Sabah’s Eco-Tourism Programme Appealing – Azalina Singapura perlu bersama atasi pencemaran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: