Kementerian Pelancongan Sediakan Kertas Kabinet Berhubung Memorandum MAH

July 3, 2008 at 10:26 am

PORT DICKSON, 3 Julai (Bernama) — Kementerian Pelancongan sedang menyiapkan kertas kabinet mengenai memorandum Persatuan Hotel Malaysia (MAH) termasuk mengkaji semula langkah kerajaan tidak menggalakkan agensi dan jabatan kerajaan menganjurkan majlis di hotel.Menteri berkenaan Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kertas kabinet itu antara lain mengkaji dakwaan MAH yang dikatakan mengalami kerugian berjuta ringgit akibat pembatalan tempahan sebanyak 85 peratus yang dibuat oleh jabatan dan agensi kerajaan sebelum ini.

“Kita akan kemukakan kepada kabinet mengenai perkara itu dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Zoom! yang bertujuan meningkatkan pelancongan domestik di Muzium Tentera Darat di sini, Khamis.

Azalina berkata kementerian bersimpati dengan masalah yang dihadapi MAH dan cuba membantu para pengusaha industri perhotelan.

Pengarah Eksekutif MAH, B. Sarjit Singh baru-baru ini berkata sebanyak 2,151 program yang melibatkan jabatan dan agensi kerajaan dibatalkan sehingga September ini.

Azalina berkata MAH turut memohon kerajaan mempertimbangkan satu jumlah yang difikirkan sesuai bagi membayar balik kos tempahan yang dibuat sebelum ini bagi mengelakkan industri itu terus merudum.

Katanya MAH juga menuntut pertimbangan kerajaan supaya mana-mana tempahan yang dibuat sebelum ini, diteruskan kerana bukan agensi dan jabatan kerajaan sahaja yang terlibat, tetapi juga anak syarikat milik kerajaan (GLC).

Ketika berucap pada majlis itu, Azalina mahu penggiat pelancongan di negara ini mengambil kesempatan daripada kenaikan harga minyak untuk mempromosikan pelancongan domestik secara kreatif supaya rakyat Malaysia tidak bercuti ke luar negara, sebaliknya memilih pakej `Cuti-Cuti Malaysia’ untuk percutian mereka.

— BERNAMA

 

 

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Azalina: Environmental rape threatening country’s image Azalina wants some government events at hotels


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: