Inisiatif Azalina Mengurangkan Kesan Kenaikan Harga Minyak Kepada Pelancongan

June 30, 2008 at 6:45 am

KUALA LUMPUR : Menyedari kenaikan harga minyak mampu memberikan kesan yang bukan sedikit kepada industri pelancongan negara, Menteri Pelancongan Malaysia, Dato Seri Azalina Othman Said baru-baru ini telah mengadakan satu program yang di namakan Sesi Dialog bersama YB Menteri Pelancongan Mengenai Kesan Kenaikan Harga Minyak ke atas Industri Pelancongan.

Sesi dialog yang telah diadakan Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang, 25 Jun 2008 itu diadakan bertujuan untuk mencari formula terbaik bagi mengurangkan bebanan yang dirasai oleh mereka yang terlibat secara langsung didalam industri pelancongan negara bertitik tolak daripada kesan kenaikan harga bahan api tersebut.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendapat maklum balas daripada sektor-sektor berkaitan mengenai kesan yang terpaksa dihadapi mereka terutamanya ke atas operasi pengusaha-pengusaha pelancongan negara.

Dalam sesi dialog itu juga, para peserta juga diberikan kesempatan untuk mengemukakan cadangan langkah-langkah mengatasi yang diambil oleh para pengusaha dan bantuan atau kerjasama yang diperlukan daripada kerajaan untuk mengurangkan kesan kenaikan harga minyak ke atas industri pelancongan.

Menurut Azalina, kenaikkan harga minyak merupakan isu global dan kerajaan tidak boleh menggelak daripada tidak menaikan harga minyak di negara ini memandangkan harga minyak mentah dunia meningkat lebih 150 peratus. Iaitu dari USD50 setong kepada USD130 setong dan dijangka akan meningkat kepada paras USD200 setong.

“Jesteru itu menyebabkan perbelanjaan subsidi kerajaan tidak akan dapat jurang di antara harga terkawal yang rendah dengan harga minyak mentah dunia. Kos subsidi yang dijangkakan sebanyak RM28 bilion setahun ekoran kenaikan harga minyak mentah dan ini merugikan negara kerana dana tersebut sebaik-baiknya dapat digunakan untuk projek-projek pelaburan dan pembangunan negara.

 “Dengan pengstrukturan semula harga minyak dan tarif eletrik, kerajaan dijangkakan dapat menjimatkan sebanyak RM13.7 bilion dan RM5 bilion telah diketepikan untuk pembayaran rebat kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan beban rakyat. Manakala baki penjimatan tersebut kemudiannya akan disalurkan kepada program-program dan inisiatif lain untuk mengurangkan kesan kenaikan minyak,” ujarnya.   

 

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Ministers photographed deny knowing Anwar’s aide Azalina: Environmental rape threatening country’s image


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: