AZALINA SAMPAIKAN HADIAH PENUMPANG KE 50 JUTA AIRASIA

June 27, 2008 at 9:38 am Leave a comment

SEPANG : Menteri Pelancongan Malaysia, Dato Sri Azalina Othman Said, telah diberikan penghormatan oleh pihak pengurusan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd (AirAsia) untuk menyampaikan hadiah kepada penumpang ke-50 juta syarikat penerbangan tersebut.

Majlis yang dilangsungkan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada 25 Jun 2008 lalu itu adalah bertujuan untuk meraikan penumpang mereka yang ke 50 juta orang, sejak syarikat penerbangan tambang murah itu beroperasi enam tahun lalu.

Dato’ Sri Azalina telah menyampaikan hadiah kepada Wendy Ng Tze Wee,34, dari Kuching, Serawak, penumpang bertuah yang berjaya dikenalpasti sebagai penumpang ke-50 juta syarikat tersebut.

Selain, Pengerusi AirAsia Berhad, Dato’ Aziz Bakar, Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan, Dato’ Sri Tony Fernandes, Penolong Pengarah Eksekutif kumpulan Air Asia kumpulan, Datuk Kamarudin Meranum, majlis yang diadakan dalam suasana penuh gemilang turut turut juga dihadiri beberapa tetamu jemputan kehormat yang lain.

Ketika diminta mengulas berkaitan hasrat syarikat penerbangan tambang murah yang berhasrat untuk memindahkan operasi mereka ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS) Subang oleh para wartawan, Azalina secara peribadi menyokong hasrat pihak pengurusan AirAsia tersebut.

“Sekarang lapangan terbang itu hanyalah digunakan untuk penerbangan peribadi dan penerbangan Firefly, membazir kalau tidak digunakan sebagai Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

“Jadi, perpindahan operasi AirAsia ke Subang secara tidak langsung dilihat dapat memudahkan perjalanan penumpang serta menggalakan lebih ramai pelancong ke Negara ini. Kalau kita tengok negara maju, lapangan terbang yang terletak dikawasan Bandar akan menggalakan lebih banyak orang masuk ke negara itu,” ujar Azalina.

Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Datuk Seri Tony Fernandes berkata syarikat penerbangan tambang murah itu sekali lagi membuktikan kepada mereka yang sangsi terhadap syarikat bahawa mereka tersilap.

“Apabila kami kali pertama memulakan, banyak orang fikir ia adalah satu idea gila untuk menawarkan tambang murah kerana ia tidak berdaya maju dari segi ekonomi.

Terutamanya dengan sebuah syarikat penerbangan dengan cita-cita tinggi seperti kami, kami dijangka akan gagal,” katanya.

“Bagaimanapun, dengan kecekalan yang kuat dan strategi yang tepat, kami bertahan dan kami kini merupakan syarikat penerbangan tambang murah terkemuka dan terbesar di Asia dengan banyak anugerah dan penghargaan diterima.

Dan hari ini kami merayakan dengan membawa tetamu kami yang ke-50 juta. Kami rasa amat hebat dapat membuktikan mereka yang sangsi itu bahawa mereka tersilap,” tambahnya.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

MICE Meeting VC JAWAPAN YBM MENGENAI ISU ANWAR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: