Lawatan ke Pahang

June 12, 2008 at 8:54 am 1 comment

PAHANG , 10 jun – Menteri Pelancongan Malaysia Dato’ Sri Azalina Othman Said telah melancarkan ZOOM peringkat pertama di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang negeri Pahang.

Kempen ZOOM adalah kesinambungan kempen pelancongan domestic yang bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia melancong dalam Negara.

Azalina memilih Pusat Konservasi Gajah kerana habitat haiwan tersebut yang membantu memulih segala mergastua di hutan-hutan Malaysia. Walaupun gajah berupaya menumbangkan pepohon, tetapi ia tidak merosakkan hutan malah menambah baik lagi kehidupan flora dan fauna.

Ini bersesuaian dengan konsep yang cuba di ketengahkan oleh beliau iaitu memperkenalkan dan memperluas eko pelancongan iaitu aktiviti yang mendatangkan hasil kepada Negara dan mengekalkan alam sekitar supaya tidak tercemar.

Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara telah menubuhkan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan pada tahun 1989 khusus untuk mengenalpasti, menangkap dan memindahkan gajah-gajah yang telah dicerobohi habitatnya. Kehadiran pengunjung juga bertambah dari tahun 2005 mencatatkan seramai 38,863 bertambah seramai 42,154 pada 2007 dan menjadikan jumlahnya seramai 81,017 iaitu peningkatan sebanyak 208.5%

Azalina berkata, kementerian akan berusaha untuk menambah baikan jumlah pengunjung dari masa ke semasa melalui kempen ZOOM yang diadakan ini agar pelancongan domestic meningkat untuk pembangunan ekonomi Negara.

 

 

 

 

 

 

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Isu Pelancongan : Azalina Selar Sikap Pembangkang Promote eco-tourism products to woo visitors, says minister

1 Comment Add your own

  • 1. eboth  |  December 14, 2008 at 5:48 am

    tingkatnkan lagi pelancongan di malaysia. saya sebagai salah satu pendatang yang datang k malaysia, sangat menyukai beberapa kawasan pelancongan yang telah saya datangi salah satunya pusat konservasi gajah kuala gandah yang memberikan kesan positif dari gajah terhadap masyarakat banyak.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: