Pastikan destinasi pelancongan sentiasa indah, menarik

May 15, 2008 at 3:03 am Leave a comment

KUALA LUMPUR: Semua rakyat di negara ini perlu bekerjasama bagi memastikan Malaysia terus menjadi antara destinasi tumpuan utama, pelancong di seluruh dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata usaha perlu dilakukan bagi memastikan destinasi pelancongan di negara ini sentiasa indah bagi menarik bukan saja pelancong tempatan malah pelancong asing.


Beliau berkata, Malaysia sebuah negara yang kaya dengan alam semula jadi termasuk sungai dan pantai yang indah.

“Kita mempunyai sungai dan pantai yang bersih, tetapi tidak kurang juga yang kotor dan ia perlu dibersihkan.

“Pulau yang banyak dengan pantai yang indah perlu dijaga bagi memastikan ia terus menjadi tumpuan pelancong,” katanya selepas melancarkan Zoom! Malaysia di Saloma Bistro di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Zoom! Malaysia adalah kempen pelancongan domestik bagi edisi 2008/2009 bertujuan mendorong rakyat negara ini memberi keutamaan kepada pelancongan domestik dan menggalakkan mereka melihat Malaysia dari sudut berbeza serta perspektif yang segar.

Kempen itu bukan saja bakal mencetuskan minat di kalangan warga tempatan dan pelancong asing mengunjungi pelbagai destinasi percutian yang popular di negara ini tetapi juga tarikan pelancongan yang kurang dikenali dan yang terbaru, sekaligus menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

Abdullah berkata, banyak tempat yang indah dan berpotensi menarik pelancong terus datang ke negara ini yang mampu menjana peningkatan pendapatan industri pelancongan.

 

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Eko-Pelancongan perlu dikaji semula Perasmian Commonwealth Conference On Sport Tourism

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: