Eko-Pelancongan perlu dikaji semula

May 15, 2008 at 3:00 am Leave a comment

KUALA LUMPUR 14 Mei – Kementerian Pelancongan mahu Pelan Eko-Pelancongan Kebangsaan yang diwujudkan sejak 11 tahun lalu, dikaji bagi merangsang semula produk-produk daripada sektor itu.

Menterinya, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu perlu dilakukan kerana sehingga kini, ia gagal mengembangkan produk eko-pelancongan negara.

Katanya, kajian semula itu perlu dilaksanakan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

”Selepas dikaji semula pelan tersebut, ia akan dibentangkan ke Kabinet untuk dijadikan satu dasar agar eko-pelancongan negara terutamanya dalam bentuk mesra alam dapat dikembangkan,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan Mesyuarat dan Dialog Bersama 24 NGO dengan memfokuskan mengenai eko-pelancongan mesra alam di sini hari ini.

Azalina memberitahu, dasar yang telah diwujudkan pada 1997 melalui Pelan Eko-Pelancongan Kebangsaan itu bukan sahaja sudah terlalu lama, tetapi juga tidak sempat dikemas kini dan dilaksanakan.

Oleh itu, katanya, selepas kertas kerja yang dihasilkan oleh pelan tersebut dibentangkan, jika perlu, ia mungkin diputuskan sebagai satu undang-undang.

Beliau juga berkata, dalam aspek pelancongan, isu alam sekitar dan haiwan liar yang dilindungi perlu ditekankan selain perancangan berkekalan berkaitan alam sekitar.

Ini kerana, menurut beliau, dalam usaha mengembangkan produk eko-pelancongan, penekanan mengenai pemeliharaan alam sekitar dan manfaat kepada masyarakat tempatan perlu ada.

”Kita kena seimbang dan tidak harus mengetepikan isu yang memberi kesan kepada masyarakat tempatan dan memberi impak kepada alam sekitar kerana itu tidak akan membantu mengembangkan eko-pelancongan negara kita,” katanya.

Beliau menambah, adalah penting untuk menarik pelancong terutamanya dari Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah.

”Kita lihat, sepanjang tahun lepas, peratusan kemasukan pelancong AS dan negara-negara Eropah kurang 200,000 orang dan jumlah itu sangat rendah.

”Mereka lebih suka ke negara jiran mungkin kerana produk yang ditawarkan oleh negara jiran, tetapi apa pun, kita merasakan kalau menggalakkan dua negara satu destinasi, banyak membawa manfaat,” katanya.

-UTUSAN MALAYSIA-

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

‘Make country a top tourist destination’ Pastikan destinasi pelancongan sentiasa indah, menarik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: