Aerofithon cabar kecergasan

May 14, 2008 at 8:22 am Leave a comment

SUASANA Stadium Melawati di Shah Alam, Selangor, pada pagi Ahad lalu gamat dengan bunyi lagu-lagu rancak bersilih ganti bagaikan satu konsert besar sedang berlangsung.Tidak cukup dengan itu, lantai stadium dipenuhi oleh mereka yang lengkap berpakaian sukan dari hujung rambut hingga hujung kaki, bersiap sedia mengikut gerak tari dengan iringan muzik tersebut.

Segalanya gara-gara Kejohanan Aerofit 2008 anjuran Yayasan Sukan dan Kecergasan Wanita (WSFFM) bagi tahun keempat berturut-turut.

Kejohanan kali ini tambah meriah dengan kemasukan acara baru iaitu Aerofithon yang julung kali diperkenalkan dan nyata berjaya mendapat penyertaan di luar jangkaan.

 

Seramai 272 peserta daripada 34 kumpulan dari seluruh negara bertungkus-lumus mempamerkan aksi  menarik, konsisten, bertenaga mengikuti gerak senamrobik daripada jurulatih iringan selama dua jam berturut-turut.

Bagi yang tidak berada di lokasi kejohanan, mungkin sukar untuk membayangkan bagaimana dengan jumlah peserta seramai itu dapat digerakan dalam satu irama dan rentak, hakikatnya ini adalah salah satu keistimewaan dan keseronokan Aerofithon – satu istilah baru dalam sukan aerobik.

Pengerusi Kejohanan Aerofit 2008, Datin Noor Sheena Maideen berkata, Aerofithon diperkenalkan bagi memberi peluang kepada warga Malaysia berusia 16 tahun ke atas yang tidak mempunyai asas dalam aerobik untuk mencuba bertanding di dalam satu kejohanan berprestij seperti ini.

“Ia diperkenalkan sebagai salah satu acara baru dalam Kejohanan Aerofit sebagai penggalak untuk warga Malaysia tidak mengira umur dan jantina untuk sama-sama merasai pengalaman berharga.

“Pada masa sama mereka boleh memenangi hadiah lumayan apabila kumpulan mereka berjaya mengikuti aksi jurulatih koreografi selama dua jam berturut-turut dengan stamina yang baik.

“Kami membuka penyertaan Aerofithon dalam kumpulan yang boleh dianggotai enam hingga lapan orang dalam satu kumpulan.

Minimum”Untuk Aerofit pula minimum tiga hingga lima orang sekumpulan,” ujar beliau lagi.

Setiap kumpulan yang mengandungi ahli antara enam hingga lapan orang diadili daripada rentak tarian latin, hip hop, masala, kick boxing, pilates dan yoga.

“Pengadilan dibuat oleh 18 juri yang terdiri daripada jurulatih senaman dari dalam dan luar negara,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif WSFFM, , Dr. S. S. Hamala berkata, objektif sebenar Kejohanan Aerofit 2008 ini diadakan ialah sebagai platform untuk meningkatkan daya saing dalam industri kecergasan.

“Kami juga memberi kesedaran dan saluran yang kukuh kepada orang awam untuk menentukan hala tuju masing-masing.

“Dua tahun lalu Aerofit dijuarai kumpulan IYC dari Pusat Belia Negara, Cheras, jadi untuk tahun ini kami menjangkakan peserta mempamerkan kehebatan masing-masing untuk menjadi pemenang.

“Memandangkan kejohanan tahun ini berlangsung pada Hari Ibu, jadi kami dapat melihat banyak penyertaan dan penonton di kalangan ibu dan anak.

“Ia bukan setakat aktiviti yang menyihatkan malah kejohanan ini juga boleh dianggap sebagai memori indah setiap daripada mereka,” tambah beliau.

Gerai jualan, pemeriksaan kesihatan percuma dan persembahan daripada ahli gimnastik kanak-kanak, pemenang tarian hip hop Rexona Challenge dan tarian Bollywood menjadi tarikan serta pengisian kejohanan.

Sementara itu, penaung WSFFM yang juga Menteri Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam ucapannya berkata, salah satu strategi atlet untuk berjaya dalam sukan mestilah cukup stabil daripada aspek stamina.

Justeru, beliau amat berbangga kerana WSFFM tidak pernah mengabaikan kepentingan senaman dan aerobik.

“Dengan menyertai sukan, perpaduan dapat diwujudkan dan seterusnya menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Tahniah juga kepada ahli jawatankuasa penganjuran yang berjaya menganjurkan kejohanan di stadium setelah tiga kali berturut-turut dilakukan di hotel,” ujarnya selepas majlis penyampaian hadiah.

 

 

 

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Karnival GP Joran Berita Harian mantapkan pelancongan ‘Make country a top tourist destination’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: