PUSAT KHIDMAT RAKYAT BERGERAK P157 DITUBUHKAN

April 10, 2008 at 2:06 am Leave a comment

OLEH: Zakie Awang

 

 

Atas inisiatif untuk menyelami masalah secara menyeluruh, disamping berusaha untuk melangsaikan apa juga masalah yang dihadapi oleh rakyat dalam parlimennya, Ahli Parlimen Pengerang, Dato’ Sri Azalina Othman Said telah bertindak menubuhkan  pasukan Khidmat Rakyat Bergeraknya sendiri.

 

Pusat Khidmat Rakyat Bergerak Parlimen Pengerang merupakan Pejabat Bergerak (Mobile Office) yang juga dikenali dengan `mobile centre’ dijangka akan menjadi penghubung alternatif antara pemimpin dan rakyat dari pelbagai lapisan di parlimen tersebut dengan lebih mudah, pantas dan mesra rakyat.

Mobile Centre  juga ditubuhkan atas kesedaran untuk Membolehkan penduduk mengajukan aduan dan permohonan surat sokongan serta masalah-masalah yang berkaitan selain untuk membantu penduduk menyelesaikan apa-apa masalah serta isu setempat mula beroperasi pada 1 mac 2008.

 Selain itu, Pusat Khidmat Rakyat ini juga bertujuan untuk membuka peluang kepada penduduk setempat mengutarakan sebarang cadangan disamping berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Pejabat bergerak Parlimen Pengerang ini juga berfungsi untuk memberikan maklumat yang terkini kepada penduduk tentang sebarang aktiviti serta program yang bakal dianjurkan oleh Pejabat Parlimen.

JADUAL PENEMPATAN KHIDMAT RAKYAT BERGERAK PARLIMEN PENGERANG (P157)

HARI

MASA

KAWASAN/TEMPAT

KAWASAN LIPUTAN

ISNIN

10.00 PAGI – 12.00 TGH

KAWASAN PERKARANGAN TAPAK PASAR MALAM KAMPUNG PUNGGAI

PENDUDUK KAMPUNG PUNGGAI

02.00 PTG – 04.00 PTG

BANGUNAN PONDOK RELA KG. CHANGI, TELUK RAMUNIA

PENDUDUK KG. DATO’ HJ. GHANI OTHMAN, KG. SIMON DAN KG. MASJID

SELASA

10.00 PAGI – 12.00 TGH

DATARAN SUNGAI RENGIT(BERHAMPIRAN DENGAN KAWASAN PERNIAGAAN PEKAN SUNGAI RENGIT)

PENDUDUK KG. BUKIT RAJA DAN KG. SUNGAI BUNTU

02.00 PTG – 04.00 PTG

BANGUNAN PONDOK RELA KAMPUNG JAWA

PENDUDUK KG. SG. KAPAL, KG. TELUK EMPANG, KG. PENGERANG DAN KG. LEPAU

RABU

10.00 PAGI – 12.00 TGH

KAWASAN PERNIAGAAN KG. TG. SERINDIT

 

02.00 PTG – 04.00 PTG

KAWASAN JETI NELAYAN KAMPUNG PASIR GOGOK (BERHAMPIRAN DENGAN KAWASAN PERNIAGAAN DAN PENEMPATAN NELAYAN KAMPUNG PASIR GOGOK)

 

KHAMIS

10.00 PAGI – 12.00 TGH

PUSAT PERNIAGAAN PEKAN GUGUSAN ADELA

MELIPUTI PENDUDUK DI KAWASAN FELDA ADELA, FELDA SENING, FELDA KLEDANG, FELDA TUNGGAL, KILANG SAWIT SENING DAN KILANG SA WIT ADELA

02.00 PTG – 04.00 PTG

JETI NELAYAN KAMPUNG TANJUNG BELUNGKOR @ KAMPUNG TG. SURAT

MELIPUTI PENDUDUK DI KAWASAN KG. TG. SURAT DAN KG. LINTING

 

 

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

TALKING POINT YB DATO’ SRI MENTERI LAWATAN YBM KE MELAKA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

April 2008
M T W T F S S
    May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: