AZALINA PENERAJU PEMBANGUNAN

April 8, 2008 at 8:52 am Leave a comment

 

Sejurus selepas dipilih sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Pengerang, YB Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said telah mula mengorak langkah mengadakan pelbagai perubahan dalam usaha beliau memacu pembangunan fizikal dan mental warga Pengerang. Azam beliau untuk membawa kawasan Pengerang ke arah kecemerlangan dan kegemilangan dimulakan dengan menambahbaikkan kemudahan asas seperti pembinaan prasarana dan kemudahan sukan  serta memberi bantuan kepada warga yang memerlukan perhatian segera

 

Dalam usaha membentuk dan membimbing warga muda Pengerang menjadi insane serba boleh dan berpotensi cemerlang, program-program seperti program pendidikan, kemahiran, keusahawanan, kecergasan, pembentukan modal insane, latihan IT, sukan dan sebagainya seiring dan kini masih berterusan dianjur bagi mengangkat kesejahteraan masyarakat kawasan Parlimen Pengerang.

 

Sebagai menteri yang diamanahkan untuk menerajui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pula, beliau telah mengambil daya usaha menterjemahkan falsafah kepimpinan dan hala tuju negara dengan mengadakan perubahan-perubahan besar dari aspek perundangan dan dasar, penubuhan agensi-agensi baru, perancangan program-program baru dan pemantapan jentera pengurusan.

 

Kesimpalan, YB Dato’ Sri Azalina adalah seorang pemimpin yang berwibawa, berkomitmen tinggi dan tidak mudah lupa akan tanggungjawap dan amanah yang dipikulnya sebagai wakil rakyat anda.

  

FALSAFAH KEPIMPINAN : BIJAK, BERANI DAN BENAR

AZAM DAN HASRAT

  • Untuk menjadi pemimpin yang mendokong visi dan agenda bangsa Melayu yang bermartabat
  • Untuk menjadi pemimpin yang berjaya memacu pembangunan fizikal dan mental warga Pengerang kea rah kecemerlangan dan kegemilangan

 DIMENSI KEKUATAN DAN KEMAMPUAN

Sebagai PEMIMPIN ANDA terserlah menerusi pemilikan citra peribadi yang mantap dan prestaso yang terbukti iaitu:

 

PENDIDIKAN

  • Sarjana Undang-Undang [LL.M]
  • London School Of Economics and Political Science [LSE]
  • Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) [LL.B(Hons)]

 

KERJAYA

  • Legal Assistant Messrs Raja Darryl & Loh [1988-1989]
  • Legal Assistant Malaysian Bar-Advocate & Solicitors, High Court of Malaya [1989]
  • Partner Messrs Raja Darryl & Loh [1991-1994]
  • Partner Messrs Azalina Chan & Chia [1994-2001]
  • Partner Messrs Skine [2001-2002]
  • Partner Messrs Zaid Ibrahim & Co (Firma guaman terbesar di Malaysia) [2002-2004]
  • Zaid Ibrahim & Co, LLP, Singapore [2003-2004]

 POLITIK

  • Menteri Belia dan Sukan [2004-2007]
  • Ahli Majlis Tertinggi UMNO [2004-sekarang]
  • Ketua Puteri UMNO Malaysia & Naib Presiden UMNO [2002-2004]
  • Penaja Ketua Puteri UMNO Malaysia [2001-2002]
  • Ketua Biro Tindakan Sivil UMNO [2000-2004]

 ORGANISASI

  • Panel Penasihat Sukan [Mac 1999]
  • Women Sports and Fitness Foundation [WSFFM]
  • Women Affairs Department, Women’s Crisis Centre (WCC) Penang, Women’s Aid Organisation (WAO), Yayasan Wanita dan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPPMM)
  • Pengerusi Asian Working Group for Women (AWG), 2007

 ANTARABANGSA

  • Ahli World Economics Forum Global Leader for Tomorrow 2003 Summit – Davos, Switzerland
  • Ahli World Economic Forum Annual Meeting 2003 – Davos, Switzerland
  • Ahli International Teakwando Federation (ITF) [Mei 1998]

  CITRA DIRI

  • Tokoh Sukan Wanita 2007
  • Global Leader for Tomorrow  (GLT) 2003 dianugerahkan oleh World Economic Forum, Davos, Switzerland
  • Penerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)
  • Penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP)
  • Penerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Perak (DGMK)
  • Penerima Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK)
  • Penerbit buku bertajuk “Gender Agenda : Asia-Europe Dialogue – Study Group on Women and Men as Agent of Change in Political Design –Making” [2002]
  • Penyampai/pengacara dalam dua buah rancangan televisyen “Dateline Malaysia” dan “Lidah Pengarang”
  • Pemegang 5th Dan Black Belt Taekwando yang dianugerahkan oleh International Taekwando Federation

 PROGRAM PEMBANGUNAN KAWASAN PARLIMEN PENGERANG

 

KEMUDAHAN SUKAN

  • Dewan Gelanggang Serbaguna
  • Kompleks Sukan Komuniti
  • Gelanggang Motocross
  • Kompleks Rekreasi Air Desaru

 KEMUDAHAN PRASARANA

  • Pembinaan Lebuh Raya Senai-Desaru
  • Rumah Rakan Muda
  • Pembinaan Jalanraya
  • Jambatan Air Tawar 1

 BANTUAN KEWANGAN

  • Bantuan kewangan kepada kampong, belia, masjid, sekolah, pelajar miskin, usahawan, pertanian dan program rakyat termiskin

 BANTUAN KEBAJIKAN

  • Bantuan kepada fakir miskin, pelajar miskin, orang yang sakit teruk, orang kurang upaya dan warga emas
  • Bantuan adalah berupa wang, peralatan, ubat dan makanan

 PROGRAM ANUGERAH KECEMERLANGAN

  • Bantuan biasiswa kepada pelajar cemerlang
  • Bantuan penempatan pelajar ke universiti atau sekolah berasrama penuh

 PROGRAM BERBUKA PUASA & TARAWIH

  • Diadakan di setiap mukim, masjid dan surau pada bulan Ramadhan
  • Berbuka puasa bersama Jawatankuasa UMNO Bahagian Pengerang, Penduduk Pengerang dan Jabatan Kerajaan

 PROGRAM BELIA

  • Kursus IT
  • Kursus Kepimpinan
  • Extreme Game (Sukan Lasak)
  • Paintball
  • Sukan/Sukan Bermotor
  • Pertanian & penternakan
  • Keusahawanan dan lain-lain

 PROGRAM KEUSAHAWANAN

  • Bantuan Majlis Galakan Ekonomi Belia daripada Kementerian Belia dan Sukan
  • Bantuan peralatan seperti mesin jahit atau mesin membuat kuih
  • Bantuan Belia Tani kerjasama Kementerian Pertanian

 PROGRAM PERTANIAN & PENTERNAKAN

  • Program ternakan ayam dan ikan sangkar kerjasama dengan Kementerian Pertanian
  • Lawatan ke Ladang Sayur Kelambu dan Ternakan Ikan Air Tawar di Kampung Jawa
  • Majlis Makan Malam & Ramah Mesra bersama peladang

 PROGRAM KESUKARELAWAN

  • Mewujudkan sukarelawan Parlimen Pengerang
  • Membantu mangsa banjir Pengerang dan Kota Tinggi
  • Mengadakan gotong-royong memelihara pantai
  • Membantu melaksanakan program kesukarelawan

 ANAK WATAN PENGERANG DI RANTAUAN

  • Mengadakan Program Anak Watan Pengerang di Rantauan untuk menunjukkan kejayaan anak watan Pengerang di rantauan agar menjadi model generasi muda. Di antaranya ialah pengarah di jabatan kerajaan, pakar nuklear dan usahawan berjaya.

 PROGRAM BERSAMA PEMIMPIN

  • Program Jelajah Merdeka 2007 yang menunjukkan kekuatan dan kesatuan para pemimpin Parlimen Pengerang
  • Program sempena Jubli Emas 50 Tahun kemerdekaan Negara bagi membuktikan sokongan padu rakyat terhadap kepimpinan teraju Negara

 GAGASAN PEMBAHARUAN PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN

 

DASAR DAN PERUNDANGAN (2004)

1)     Menggerakkan penubuhan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd. Razak. Jawatankuasa cabinet ini yang mempunyai keanggotaan merentasi pelbagai kementerian bertanggungjawab merangka dan menggubal dasar yang berkaitan dengan pembangunan sukan di Negara ini. KBS adalah urusetia kepada Jawatankuasa ini.

2)     Mengilhamkan dan melaksanakan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional (PTPBN). Pelan tindakan ini mengandungi 11 teras pembangunan yang akan memperjelaskan halatuju, mengatur strategi dan memperteguh tindakan mapan dalam membangunkan generasi belia di Negara ini. Pelan tindakan ini adalah satu pelan jangka panjang sehingga tahun 2020. YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah melancarkan PRPBN ini pada 10 Ogos 2004.

3)     Menggerakkan penggubalan Akta Majlis Kecergasan Kebangsaan (NFC). Tujuan utama Akta adalah untuk mengawal selia dan memantapkan pengurusan dan program yang dilaksanakan oleh NFC.

 

PENUBUHAN AGENSI BARU

4)     Mengilham dan menubuhkan Majlis Kecergasan Kebangsaan (NFC) yang diterajui bersama 3 kementerian iaitu KBS, Kementeria Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesihatan dan sebuat jabatan iaitu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Antara objektif NFC adalah untuk menjadi perunding, penyelaras, pengawal dan penasihat dalam pembangunan kecerdasan bagi memnuhi matlamat Dasar Sukan Negara. Selain itu NFC mempunyai visi untuk melahirkan masyarakat Malatsia yang cergas, sihat dan bersatu. YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah melancarkan NFC pada 12 September 2004.

 

      PROGRAM-PROGRAM BARU (2005)

5)     Memperkenalkan program ‘membeli tempat kursus’ pada Januari 2002 untuk meningkatkan lagi pengambilan belia dalam menjalani latihan kemahiran. Usaha ini adalah untuk mengatasi kekurangan tempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang hanya boleh mengambil sejumlah 4000 belia setahun. Melalui IKBN dan program ‘membeli tempat kursus’ ini, KBS mensasarkan dapat melatih sejumlah 100,000 belia dalam pelbagai kemahiran dalam RMK-9.

6)     Meningkatkan penggunaan media untuk menghebahkan dan mempromosikan program pembangunan belia agar dapat sampai kepada golongan sasaran di peringkat akar umbi. Strategi pengiklanan dama media elektronik, media cetak serta iklan-iklan luar melalui billboards digunakan secara meluas. Selain itu strategi advertorial dan juga menaja sisipan akhbar khusus digunakan untuk melapor berita-berita mengenai program pembangunan belia diadakan. Akhbar sisipan YO! Utusan Malaysia diterbitkan 2 kali seminggu pada setiap hari Sabtu minggu pertama dan ketiga telah mula diperkenalkan pada tahun 2004.

 

PENUBUHAN AGENSI BARU

7)     Menubuhkan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) bagi tujuan meningkatkan program penyelidikan dan pengumpulan data dalam pembangunan belia. Selain melaksanakan penyelidikan, IPPBM juga berfungsi sebagai clearing house bagi maklumat dan data berkaitan belia. Bagi tujuan meletakkan pembangunan belia selaras dengan pendekatan dan isu masa kini, IPPBM juga akan mewujudkan rangkaian dengan institusi penyelidikan di peringkat serantau dan antarabangsa. Institut ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 15 Ogos 2005.

 

PEMANTAPAN PENGURUSAN

8.)     Melantik Pesuruhjaya Sukan sepenuh masa pada tahun 2005. Sebelum itu, jawatan ini dipegang oleh Ketua Setiausaha KBS

9)     Melantik Penasihat Sukan pada 11 Julai 2005 untuk KBS seperti mana yang diperuntukan dalam Akta Sukan.

10)  Menggerakkan penubuhan Cawangan Pembangunan Sukan Minoriti yang mula beroperasi pada tahun 2005. Cawangan ini bertanggungjawab terhadap sukan wanita, sukan kanak-kanak, sukan veteran dan sukan peribumi.

11)  Proses penyusunan semula Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah dilaksanakan pada bulan September 2005. Ia bertujuan untuk menjana smeula peranan utamanya sebagai pusat yang merancang dan melaksana program pembangunan belia bercorak antarabangsa. Ini dilakukan dengan penyusunan semula struktur organisasi pemberian geran tahunan yang lebih besar dan juga peruntukan pembangunan sebanyak RM 10 juta bagi tujuan meningkatkan kemudahan infrastruktur.

12)  Membuka jalinan komunikasi dua hala secara terus dengan kumpulan sasaran belia melalui laman web http://www.menteribeliasukan.net dalam konteks sembang-sembang remaja. Menteri Belia dan Sukan akan melayani semua emel yang dikirimkan melalui laman web berkenaan. Pada tahun 2005 dan 2006 laman web ini mencatatkan jumlah pengunjung masing-masing seramai 33,097  orang dan 144,051 orang. Pada 26 Disember 2007 seramai 231,959 pengunjung telah dicatatkan

 

PROGRAM-PROGRAM BARU (2006)

13)  Mengilhamkan program baru Rakan Muda Jiran Muda (RMJM). Program ini satu usahasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional bagi memupuk semangat perpaduan di kalangan mereka yang berumur 10 hingga 15 tahun. Matlamat tersebut cuba dicapai melalui penyertaan dalam pelbagai jenis sukan dan rekreasi, serta kem perkhemahan. Penglibatan masyarakat melalui Rukun Tetangga dan Persatuan Penduduk adalah diutamakan. Program ini mula dilaksanakan pada Jun 2005.

14)  Memperkenalkan program akreditasi jurulatih sukan (senamrobik) pada tahun 2005. Melalui program ini semua jurulatih yang bertauliah sama ada secara separuh masa atau sepenuh masa. Usaha ini adalah sebahagian daripada usaha untuk membudayakan senaman di peringkat akar umbi sebagai satu gaya hidup sihat. Setakat ini sejumlah 1,858 jurulatih telah dilatih.

 

DASAR  DAN PERUNDANGAN

15)  Mempelbagaikan system penyampaian program pembangunan belia untuk memastikan sebilangan besar daripada program-program yang dilaksanakan. Mewujudkan kerjasama dengan JKKK, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Rukun Tetangga dan jawatankuasa pendududk untuk melaksanakan program pembangunan belia di peringkat akar umbi.

16)  Menggerakkan usaha bagi penggubalan semula Akta Perbadanan Stadium Merdeka yang mengawal selia infrastruktur sukan Negara agar kemuduhan dan komplekes sukan Negara dapat dikendalikan dengan efisien baik dari segi urusan kewangan mahupun pentadbirannya. Usaha ini telah berjalan pada 16 Januari 2006

 

PENUBUHAN AGENSI BARU

17)  Menubuhkan Sektretariat Majlis Perundingan Belia Negara. Tujuan utama penubuhan secretariat ini adalah untuk meningkatkan lagi peranan MPBN melalui sistem pengurusan perlaksanaan dan pemantauan keputusan dengan lebih efektif. Dengan itu potensi fungsi MPBN dapat direalisasikan dengan sepenuhnya. Sekretariat ini MPBN telah mula beroperasi mulai 10 Mac 2006

18.)  Mengilhamkan dan mengerakkan penubuhan Majlis Penggalakan Ekonomi Belia (MPEB). MPEB bertindak sebagai badan penyelaras kepada usaha pembangunan usahawan belia. Majlis ini dianggotai oleh wakil daripada lima kementerian yang berkaitan serta bank komersial yang bertindak sebagai badan menyalurkan bantuan kepada bakal usahawan belia. Sebanyak RM40 juta telah diperuntukan kepada MPEB untuk mencapai objektifnya. MPEB dilancarkan pada 27 April 2006 oleh YB Menteri Belia dan Sukan Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said

19)  Menubuhkan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) dengan menggabungkan dua institut latihan iaitu Institut Latihan Kepimpinan Belia (ILKEB) dan Institut Keusahawanan Belia Negara (INSKEB). Pelbagai jenis latihan untuk pegawai, pemimpin belia dan juga golongan belia telah disediakan oleh APBM. APBM adalah sebagai usaha untuk meningkatkan kapasiti dan kompetensi modal insane dalam kerja pembangunan belia di Malaysia. Menteri Belia dan Sukan telah merasmikan APBM pada 23 Jun 2006.

20)  Menubuhkan Cawangan Sukan  Pelancongan dengan tujuan menjadikan sukan sebagai produk pelancongan yang turut meningkatkan pendapatan ekonomi Negara. Cawangan yang mula beroperasi pada tahun 2006 ini menjadi urusetia pada jawatankuasa yang mengendalikan sukan pelancongan

21)  Mengilhamkan dan menggalakkan pembangunan Indeks Belia Malaysia (IBM). Buat pertama kalinya Malaysia mempunyai indicator untuk mengukur dan memantau pembangunan belia secara keseluruhan melalui IBM. Mula diperkenalkan pada tahun 2006, OBM akan mengemaskinikan indikatornya setiap tahun.

22)  Meyakinkan kerajaan untuk bersetuju mewujudkan jawatan Penggerak Rakan Muda sebagai usaha memperkukuhkan sistem penyampaian di peringkat akar umbi. Penggerak Rakan Muda (PRM) adalah jawatan kontrak sehingga penjawat berumur 30 tahun. Tugas utamanya adalah untuk membantu Pegawai Belia dan Sukan Daerah dalam melaksanakan program. Setakat ini seorang PRM telah dilantik untuk setiap kawasan parlimen. Secara rasminya PRM telah mula dilaksanakan pada tahun 2006

23)  Mewujudkan Jawatankuasa Perancangan, Perlaksaan dan Pemantauan (JK3P) yang terdiri daripada pegawai kanan yang dipilih untuk memastikan program-program yang telah dirancang dilaksanakan diperingkat akar umbi di Jabatan Belia dan Sukan Negeri  dan Daerah. Mesyuarat berkala diadakan untuk memantau kejayaan dan kelemahan dalam melaksanakan program-program tersebut. JK3P mula bergerak pada bulan Januari 2006.

     

      PROGRAM PROGRAM BARU

24)  Program Belia Niaga adalah khusus untuk belia yang ingin memulakan peniagaan kecil. Belia yang berhasrat untuk memulakan perniagaan akan diberi bantuan insentif tidak melebihi RM 2,000 seorang. Program ini telah dilancarkan pada tahun 2006 dan pada tahun 2007 sebanyak RM 1.64 juta insentif telah diagihkan. Manakala pada tahun 2008 sebanyak RM 2 juta telah diperuntukan untuk program bantuan insentif ini yang mana melibatkan seramai 1000 orang belia niaga muda.

25)  Program Citra IKBN merupakan satu program yang memberikan peluang kepada belia dan masyarakat setempat untuk mengenali IKBN dengan lebih dekat lagi.Citra IKBN merupakan satu program yang mampu menyumbangkan pelbagai nilai positif terhadap pembentukan dan pembangunan jatidiri belia. Program ini telah mula dilaksanakn pada tahun 2006. Sebanyak 70 program dijangka akan dilaksanakan dalam RMK-9 yang mana setiap 14 IKBN akan melaksanakan 5 program Citra IKBN.

26)  Mewujudkan satu program “Dialog Belia” bertujuan mendekati serta mendengar permasalahan di kalangan belia. Program pertama yang dinamakan Program Dialog Belia Kuala Lumpur telah diadakan pada 17 September 2006. Program Dialog Belia dirancang untuk diadakan di lain-lain negeri bagi mencapai beberapa objektif serta mendapatkan data sebenar penglibatan belia dalam kes jenayah, menghasilkan satu keadah pengawasan di kalangan ibu bapa, meghasilkan satu keadah penguatkuasaan dalam menangani gejala social dan mewujudkan interaksi di kalangan individu serta badan-badan yang bertanggungjawab.

27)  Memperkenalkan Program Rakan Muda Wawasan Desa (RMWD) khusus untuk membentuk semangat kesukarelawan di kalangan remaja berumur 15 tahun hingga 25 tahun. Program ini melibatkan kerjasama dengan institut pengajian tinggi tempatan dan JKKK tempatan. Aktiviti program RMWD disasarkan di kawasan luar Bandar. Program ini telah mula dilaksanakan pada 2006.

28.)  Memperkenalkan Anugerah Belia Remaja dalam sambutan Hari Belia.Anugerah ini adalah khusus untuk remaja antara 15 hingga 25 tahun. Tujuan utama anugerah ini adalah untuk menghargai bakat dan pencapaian golongan belia remaja dalam pelbagai bidang. Anugerah ini mula diperkenalkan pada tahun 2006.

29)  Sukan Wanita telah diperkenalkan pada tahun 2006 dengan anjuran Persatuan Sukan Wanita dan KBS. Tujuan utama sukan ini adalah untuk mencungkil bakat ahli sukan wanita dalam acara tertentu. Penyertaan terbuka kepada bakat-bakat baru. Pada tahun 2007 penyertaan meningkat kepada 3500 orang

30)  Mempertingkatkan Program Kepimpinan Massa dan mendapat peruntukan sebanyak RM 40juta dalam RMK-9.Melalui program ini disasarkan sebanyak 50,000 belia akan mengikuti pelbagai kursus melalui kepimpinan belia. Selain itu, beberapa penyelidikan mengenai kepimpinan belia juga akan dilaksanakan.

31)  Mengaktifkan semula Skim Pinjaman Tabung Amanah Pembangunan Ekonomi Belia (STEB) pada 27 April 2006. Skim ini mempunyai peruntukan sebanyak RM40juta. Melalui program ini golongan belia yang berminat menceburi bidang keusahawanan akan diberi peluang untuk memohon pinjaman sehingga RM 50,000. Program STEB telahpun dibekukan sejak tahun 2000

32)  Menggerakkan penubahan Kelab Sukan Komuniti (KSK) di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak Jun 2006. Melalui KSK jawatankuasa khas telah dilantik untuk mengendalikan enam jenis sukan yang membabitkan masyarakat setempat. Usaha ini adalah sebahagian daripada usaha membudayakan sukan sebagai gaya hidup dikalangan masyakat Malaysia.

 

DASAR DAN PERUNDANGAN (2007)

33)  Menjana semula Program Rakan Muda dan mentransformasikan Program Rakan Muda kepada pendekatan pembangunan belia komuniti. Melalui pendekatan ini, pembangunan belia remaja dalam Rakan Muda akan juga dipertanggungjawabkan kepada masyarakat setempat. Penjanaan semula Program Rakan Muda dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 31 Mei 2007

34)   Menggerakkan penggubalan Akta Pertubuhan Belkua dan Pembangunan Belia. Akta ini merupakan wadah dimana kerajaan memberi pengikhtirafan kepada perwakilan dan gerakan belia dalam pembangunan Negara. Melalui akta ini semua urusan pendaftaran dan pemantauan perjalanan gerakan belia akan dilakukan oleh KBS melalui agensi yang berkaitan. Di samping itu akta ini menekankan kepentingan penyelidikan dan perundingan dalam usaha pembangunan belia. Akta ini telah diluluskan oleh Parlimen pada Julai 2007 dan berkuat kuasa pada 31 Disember 2007.


35)  Menggerakkan usaha untuk mengkaji semula Dasar Sukan Negara. Proses mengkaji semula dasar ini akan dilaksanakan pada tahun 2008

 

PENUBUHAN AGENSI BARU

36)  Menggerakkan penubuhan Institut Sukan Negara (ISN) sebagai sebua agensi tersendiri. Sebelum 26 April 2007, ISN adalah sebahagian daripada Majlis Sukan Negara (MSN). ISN diberikan mandat untuk bertindak sebagai agensi yang terlibat dalam pembangunan sukan di peringkat akar umbi. ISN juga bertindak mengenalpasti bakat dan juga memberikan bantuan teknikal dalam bentuk khidmat nasihat sains sukan dan perubatan sukan dalam pembangunan bakat bakal atlet Negara.

37)  Menaikkan taraf Cawangan Rakan Muda kepada Bahagian Pembangunan Rakan Muda yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah. Dengan kenaikan taraf ini, pembangunan Rakan Muda diberikan taraf sama penting dengan pembangunan belia dan pembangunan sukan. Selaras dengan itu, beberapa program baru telah dilaksanakan di bawah Bahagian Pembangunan Rakan Muda yang mula dikuatkuasakan pada 29 Mei 2997

38.)  Pejabat Pendaftarann Pertubuhan Belia (PPPB) telah ditubuhkan selaras dengan penguatkuasaan Akta Pertubuhan Belia. PPPB antara lain bertanggungjawab terhadap pendaftaran, memantau dan membimbing perjalanan semua persatuan belia di Negara ini. Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia ini telah pun dilancarkan oleh YB Menteri Belia dan Sukan pada 27 November 2007

 

      PEMANTAPAN PENGURUSAN

39)  Membangunkan lama web Pemetaan Belia Malaysia bermula pada tahun 2007. Ini adalah satu lagi instrument pengurusan untuk meningkatkan kecekapan mengurus pembangunan belia di Malaysia. Melalui maklumat dalam Pemetaan Belia Malaysia, perancangan strategik boleh dilaksanakan untuk mengagihkan sumber dan kepakaran yang terhad kepada kawasan di mana usaha pembangunan belia lebih diperlukan.

40)  Meyakinkan kerajaan untuk mewujudkan jawatan baru dalam perkhidmatan Jabatan Belia dan Sukan. Sebanyak 300 jawatan baru telah dan sedang dipenuhi terutamanya diperingkat daerah. Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan lagi keberkesanan sistem penyampaian agar program pembangunan belia berjalan lancer dan berkesan. Waran ini telah berkuatkuasa pada 16 April 2007

41)  Mengilham dan menggalakkan penerbitan buku Generasi Belia: Satu Sudut Pandangan. Buku ini adalah koleksi artikel yang diterbitkan dalam sisipan akhbar Utusan Malaysia “YO-RAKAN MUDA”. Tujuan penerbitannya adalah untuk menggalakkan pekerja belia membaca dan meningkatkan keupayaan intelek mereka dalam bidang pembangunan belia. Buku ini telah diterbitkan pada Ogos 2007

 

      PROGRAM-PROGRAM BARU

42)  Memperkenalkan Program Memperkasakan Tenaga Muda (PMTM) dan Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN) mulai April 2007. Sasaran program ini adalah belia berisiko. Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan jatidiri peserta serta membimbing mereka dalam hala tuju kehidupan melalui beberapa modul berkaitan dengan kerjaya, kesukarelawan dan keusahawanan. Pada tahun pertama program ini telah berjaya melatih seramai 60,000 belia berisiko.

43)  Mengilham dan memperkenalkan “Jelajah Belia” iaitu satu program pameran yang bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan belia dalam pembangunan Negara dan juga peranan kerajaan dalam membangunkan belia. Sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan “Jelajah Belia” yang dilancarkan pada April 2007 telah mengadakan pameran di tujuh lokasi. Selain itu bahan-bahan pameran yang berkaitan telah dibukukna sebagai satu wadah sumbangan KBS dalam menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 50. Sejumlah 10,000 naskah buku Jelajah Belia telah diedarkan kepada segenap lapisan masyarakat.

44)  Memperkenalkan program Youth to Youth (Y2Y) pada Mei 2007. Program ini menekankan kepada pembinaan semangat sukarelawan dan sasarannya adalah belia di kawasan Bandar. Asas program sukarelawan adalah program yang berkaitan dengan tema Urban seperti penjagaan alam sekitar.

45)  Memperkenalkan Program Sukan Malam dengan tujuan utama mengoptimumkan penggunaan kemudahan sukan selaras dengan perubahan gaya hidup generasi muda masa kini. Dengan menyediakan kemudahan sukan di waktu malam akan meningkatkan lagi budaya bersukan dan juga memberi peluang generasi muda melakukan aktiviti positif di waktu malam. Program Sukan Malam telah dilancarkan pada September 2007

46)  Memperkenalkan program mencari bakat sukan yang dikendalikan oleh Institut Sukan Negara (ISN). Melalui program Tunas Gemilang yang mula dilaksanakan pada 2 November 2007 masyarakat setempat telah diberikan latihan untuk membantu mencari bakat dikalangan kanak-kanak 7 hingga 12 tahun

47)  Mengilhamkan program Sukarelawan Rakan Muda Antarabangsa. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan dan memperkukuhkan  kerja-kerja sukarelawan di kalangan generasi muda berumur 15 hingga 25 tahun. Mereka yang telah banyak menyumbang tenaga dalam kerja kesukarelawan di peringkat tempatan akan diberi peluang menabur bakti di peringkat antarabangsa. Selain itu program ini cuba meningkatkan kesedaran di kalangan sukarelawan mengenai kualiti hidup yang mereka kecapi berbanding Negara lain. Program ini telah dilancarkan pada Disember 2007 dengan sejumlah 52 sukarelawan Rakan Muda membuat kunjungan ke Kampuchea.

48.)  Mengelolakan pembentukan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan. Yayasan ini bertujuan untuk mengatasi masalah ketiadaan dana khas bagi menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh para atlet kebangsaan khususnya mereka yang telah bersara daripada lapangan sukan masing-masing

49)  Mengilham dan menggalakkan promosi keusahawanan di kalangan belia melalui penyertaan dalam Karnival Jom Heboh oleh TV3, Perkampungan Hadhari oleh TV9 dan iklan “Kami Bukan Along, Kami Mahu Tolong” . Melalui promosi ini, sejumlah 31,000 belia telah berminat untuk mendaftar memohon peminjaman keusahawan. Dijangkakan sebilangan besar daripada pemohon ini akan diberikan pinjaman bagi mewujudkan ushaawan generasi belia.

50)  Meningkatkan bilangan pertubuhan IKBN dalam RMK-9 kepada 17 Institut. Pada masa ini sebanyak 2 buah IKBN sedang dalam proses pembinaan. Dengan penambahan IKBN, disasarkan sejumlah 15,000 belia boleh mengikuti pelbagai kursus kemahiran pada satu-satu masa.

 

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Latar Belakang TALKING POINT YB DATO’ SRI MENTERI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

April 2008
M T W T F S S
    May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: