Papan tanda pelbagai bahasa di lokasi tertentu sahaja
6 November, Kuala Lumpur – Kementerian Pelancongan bertanggungjawab ke atas pemasangan papan tanda penerangan pelancong dalam beberapa bahasa di lokasi tertentu sahaja, kata Menterinya, Dato’ Sri Azalina Othman Said.
Beliau berkata, pelancong asing bukan sahaja bergantung kepada papan tanda pelancong yang dipasang itu untuk mendapatkan maklumat, malah boleh memperolehinya daripada risalah pelancongan dalam beberapa bahasa yang disediakan kementerian itu.
2 comments November 6, 2008
Masa Depan CTC Akan Dibincang Di London – Azalina
5 November, Cameron Highlands – Masa depan Pusat Pelancongan Komanwel (CTC) di ibu negara adalah antara perkara yang akan dibawa Kuala Lumpur pada Mesyuarat Menteri-menteri Pelancongan Komanwel di London minggu depan.Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said berkata adalah penting untuk membincangkan masa depan dan hala tuju CTC yang memulakan operasi secara rasmi pada 1 Jan 2006.
Add comment November 6, 2008
Jangan Politikkan Sektor Pelancongan
5 November, Cameron Highlands – Kementerian Pelancongan hari ini menafikan sekali lagi kononnya ia mengamalkan diskriminasi dan tidak menyokong acara dan kegiatan promosi pelancongan di lima negeri di bawah kerajaan pembangkang.
Add comment November 6, 2008
Pahang Truely Malaysia Titah Tengku Mahkota Pahang
5 November, Cameron Highlands – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Mahkota Pahang berkenan untuk menyempurnakan majlis pelancaran Zoom! Cameron Highlands petang tadi di Taman Agroteknologi Mardi, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.
Majlis pelancaran tersebut turut disaksikan oleh Menteri Pelancongan Malaysia, YB Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said. Hadir sama Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk S K Devamany dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif.
Add comment November 6, 2008
‘Pempena bakal dikenakan tindakan’
PETALING JAYA: Penilaian juruaudit bertauliah, PricewaterhouseCoopers yang dibentangkan kepada Kementerian Pelancongan hari ini menentukan tindakan bakal dikenakan terhadap Pempena Sdn Bhd (Pempena), anak syarikat milik Tourism Malaysia yang didakwa terbabit dalam projek pelaburan diragui.
Menterinya, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata jika penilaian membuktikan wujud unsur pecah amanah, kes itu diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), manakala tindakan saman diambil jika berlaku pelanggaran perjanjian. (more…)
Add comment November 5, 2008
Azalina tegur masalah kebersihan di P. Pinang
KUALA LUMPUR 4 Nov. – Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said menegur tahap kebersihan di Pulau Pinang yang disifatkannya boleh menjejaskan potensi pelancongan yang terdapat di negeri berkenaan.
Beliau berkata, memandangkan bandar Georgetown, Pulau Pinang telah diisytiharkan sebagai salah sebuah kawasan tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim Guan Eng perlu mempertahankan status yang dimiliki itu. (more…)
Add comment November 5, 2008
Kerajaan Tidak Pernah Amal Sentimen Kepartian Promosi Pelancongan Negara
4 November, Kuala Lumpur – Kementerian Pelancongan tidak pernah mengamalkan sentimen politik kepartian dalam usaha mempromosikan negara sebagai destinasi pelancongan terunggul di rantau ini, kata Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Azalina Othman Said.
Menjawab soalan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Azalina berkata acara-acara kementerian masih dijalankan di setiap negeri termasuk yang tidak ditadbir Barisan Nasional (BN). (more…)
Add comment November 5, 2008
Duta Dari Negara Eropah Di Rai
4 November, Kuala Lumpur – Bertempat di Ledang Hall, Carcosa Seri Negara Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said telah hadir bagi meraikan Duta-Duta dari Kesatuan Eropah. Majlis yang diadakan itu bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama di samping memperkenalkan Malaysia dengan lebih dekat lagi.
Majlis yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan ini telah di mulai dengan memperkanalkan tempat-tempat yang menarik di Malaysia oleh En. Amirrudin Abu, Pemangku Pengarah Tourism Malaysia. (more…)
Add comment November 5, 2008
Perkongsian Pintar Bakal Memperkukuhkan Kempen Zoom! Azalina
4 November, Damansara – YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri Pelancongan Malaysia, telah hadir ke Sri Pentas, Bandar Utama bagi melancarkan satu lagi kempen pengiklanan Zoom! Malaysia. Ia bertujuan untuk meningkatkan lagi profil pelancongan domestik di samping menjadikannya lebih dinamik, ceria dan aktif.
2 comments November 4, 2008




