Piala Monson Satu Lagi Produk Pelancongan Yang Diiktiraf

November 13, 2008

monsoon-cup12 November, Kuala Lumpur – Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, yakin Piala Monsun Malaysia 2008 akan mampu menjadi produk terbaik untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan paling popular dalam peta pelancongan dunia. Menurut Azalina, dengan pengajuran yang cekap dan bertaraf dunia, Piala Monsun yang bermula di Terangganu pada 3-7 Disember  ini juga dilihat mampu merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan hasil industri pelancongan sebagai sumber pendapatan terbesar negara.

Katanya, dengan keindahan lokasi pantai dan juga kecekapan penganjuran dilihat antara sebab mengapa Piala Monsun semakin mendapat tempat kepada para peserta luar dan sekaligus mengangkatnya sebagai lokasi pusingan akhir dalam siri ‘Jelajah World Match Racing (WMRT)’.

“Bagi kementerian, Piala Monson dijangka mencapai sasaran 3.5 juta pelancong sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2008.

“Piala Monsun juga diharap mampu mempromosi Malaysia sebagai destinasi sukan pelancongan dalam ertikata lain sebagai ‘Program Malaysia Second Home’ dan program Homestay. Ia juga turut membantu menjana pekerjaan baru  dalam sektor perniagaan dan pelancongan di Malaysia,”ujarnya lagi.

Azalina juga berkata, Piala Monsun 2007  menerima pujian dari peserta-peserta yang bertanding tahun lepas dan berkata ia adalah masa yang terbaik untuk pertandingan di Malaysia. Kejohanan Piala Monsun merupakan acara pelayaran berprestij dalam Kejohanan Jelajah WMRT dan acara itu dijalankan secara profesional.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, Kemeterian kini dalam pertimbangan untuk membuat mempromosi pada peringkat antarabangsa  dengan kerjasama rangkaian yang terbabit seperti pengajur, pengiklan, pembangunan awam dan agensi pelancongan seluruh dunia.

 

Entry Filed under: 1. Tags: , , , , , , , , .

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

November 2008
M T W T F S S
« Oct    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Pautan

Pautan Tourism

Archives

Blog Stats

  • 44,112 hits

Meta

Feeds