Malaysia Tumpu Sektor Khusus Tingkatkan Industri Pelancongan

November 13, 2008 at 5:44 am Leave a comment

zoom112 November, London – Kementerian Pelancongan akan menumpukan kepada sektor pelancongan khusus yang berpotensi meningkatkan industri pelancongan di Malaysia, tahun depan. Menteri berkenaan YB Dato’ Sri Azalina Othman Said berkata sektor utama itu antaranya termasuk pelancongan perubatan, pelancongan pendidikan, eko-pelancongan, Malaysia Rumah Keduaku dan pelancongan domestik menerusi Zoom Malaysia.

Menurut beliau, strategi itu dijangka dapat menjana ekonomi dari sudut pelancongan dan menarik minat pelancong asing menjadikan Malaysia destinasi pilihan untuk bercuti.

Beliau berkata, hasil daripada strategi yang digunakan untuk mempromosikan Malaysia pada tahun lalu telah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM46 bilion dan ia merupakan sumber pendapatan kedua negara selepas sektor pengeluaran.

“Kita akan mengadakan promosi secara agresif bagi menarik minat pelancong terbabit ke negara ini yang mana ia memberi impak besar kepada ekonomi negara,” katanya kepada kumpulan wartawan Malaysia ketika melawat pejabat Tourism Malaysia di sini.

Beliau berkata strategi itu akan dapat membantu Malaysia menambah jumlah kedatangan pelancong di samping menjana pendapatan negara ketika dunia menghadapi krisis ekonomi global.

“Kita akan tumpukan kepada ‘niche market’ tahun depan seperti konvensyen, pelancongan perubatan, pelancongan pendidikan dan Malaysia Rumah Keduaku. Promosi secara agresif juga sedang dijalankan,” katanya selepas melawat pejabat Tourism Malaysia di sini hari Rabu.

Beliau berkata Malaysia berjaya menjana pendapatan sebanyak RM46 bilion dalam sektor pelancongan tahun lepas dan ia merupakan sumber pendapatan kedua negara selepas sektor pembuatan.

Azalina berkata Malaysia mempunyai banyak kelebihan berbanding negara Asean yang lain seperti penginapan di hotel lima atau empat bintang yang lebih murah dan harga barangan yang sangat berpatutan.

“Dahulu pelancong ke Singapura untuk beli jam tetapi kemudian mereka datang ke Malaysia kerana jam di sini lebih murah kerana sewa yang dikenakan ke atas premis lebih murah.

“Kita menumpukan pelancongan yang mempunyai nilai untuk wang. Dengan adanya niche market ini kita dapat pastikan pelancong yang meminati sektor tertentu akan datang kembali ke Malaysia seperti penyelam dan mereka yang menggemari aktiviti lasak seperti marathon,” katanya.

Beliau berkata Malaysia juga menerima hakikat bahawa budaya pelancong berubah-ubah sama ada mereka akan datang kembali ke Malaysia ataupun tidak.

“Ada sesetengah pelancong yang minat sesetengah aktiviti akan datang lagi. Pelancong dari Jepun dan Korea suka datang lagi ke sini kerana mereka ada rumah kedua di sini dan suka main golf,” katanya.

Beliau berkata selain itu, Malaysia juga menumpukan kepada pelancongan keluarga dan pelancongan bajet.

Entry filed under: 1. Tags: , , , , , , , , , , , .

Piala Monson Satu Lagi Produk Pelancongan Yang Diiktiraf Negara Komanwel Enggan Menyumbang Kepada Perbelanjaan CTC Selepas 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

November 2008
M T W T F S S
« Oct    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Pautan

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: