Archive for November 5th, 2008
‘Pempena bakal dikenakan tindakan’
PETALING JAYA: Penilaian juruaudit bertauliah, PricewaterhouseCoopers yang dibentangkan kepada Kementerian Pelancongan hari ini menentukan tindakan bakal dikenakan terhadap Pempena Sdn Bhd (Pempena), anak syarikat milik Tourism Malaysia yang didakwa terbabit dalam projek pelaburan diragui.
Menterinya, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata jika penilaian membuktikan wujud unsur pecah amanah, kes itu diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), manakala tindakan saman diambil jika berlaku pelanggaran perjanjian. (more…)
Add comment November 5, 2008
Azalina tegur masalah kebersihan di P. Pinang
KUALA LUMPUR 4 Nov. – Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said menegur tahap kebersihan di Pulau Pinang yang disifatkannya boleh menjejaskan potensi pelancongan yang terdapat di negeri berkenaan.
Beliau berkata, memandangkan bandar Georgetown, Pulau Pinang telah diisytiharkan sebagai salah sebuah kawasan tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim Guan Eng perlu mempertahankan status yang dimiliki itu. (more…)
Add comment November 5, 2008
Kerajaan Tidak Pernah Amal Sentimen Kepartian Promosi Pelancongan Negara
4 November, Kuala Lumpur – Kementerian Pelancongan tidak pernah mengamalkan sentimen politik kepartian dalam usaha mempromosikan negara sebagai destinasi pelancongan terunggul di rantau ini, kata Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Azalina Othman Said.
Menjawab soalan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Azalina berkata acara-acara kementerian masih dijalankan di setiap negeri termasuk yang tidak ditadbir Barisan Nasional (BN). (more…)
Add comment November 5, 2008
Duta Dari Negara Eropah Di Rai
4 November, Kuala Lumpur – Bertempat di Ledang Hall, Carcosa Seri Negara Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said telah hadir bagi meraikan Duta-Duta dari Kesatuan Eropah. Majlis yang diadakan itu bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama di samping memperkenalkan Malaysia dengan lebih dekat lagi.
Majlis yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan ini telah di mulai dengan memperkanalkan tempat-tempat yang menarik di Malaysia oleh En. Amirrudin Abu, Pemangku Pengarah Tourism Malaysia. (more…)
Add comment November 5, 2008



