MAKLUMAN
Adalah ini dimaklumkan, kami telah berpindah ke alamat baru. Untuk sebarang makluman dan berita terkini mengenai YB Dato’ Sri Azalina Othman sila rujuk di Menteri Pelancongan.com. Sekian Terima Kasih.
Please be informed that we have moved to a new address. To get the latest info and news on YB Dato’ Sri Azalina Othman, please go to Menteri Pelancongan.com. Thank You
Add comment November 14, 2008
Tourism sector needs new ideas to thrive
13 November, London – “Name your price” tours may soon catch on in Malaysia as one of the innovative measures to boost the tourism industry.
“I think this would be an innovative approach as creativity is the key element for success,” said Tourism Minister YB Dato’ Sri Azalina Othman Said to Malaysian journalists after opening the Malaysia Pavilion at the World Travel Market at Excel London yesterday.
2 comments November 13, 2008
Negara Komanwel Enggan Menyumbang Kepada Perbelanjaan CTC Selepas 2010
12 November, London – Negara-negara Komanwel hari Rabu yang lalu, membuat keputusan untuk tidak menyumbang kepada pembiayaan perbelanjaan Commonwealth Tourism Centre (CTC) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur selepas tahun 2010. Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Azalina Othman Said berkata ini kerana mereka menganggap pusat itu sebagai satu beban kepada mereka dan merasakan United Nation Tourism Organisation adalah badan yang terbaik untuk urusan pelancongan.
Add comment November 13, 2008
Malaysia Tumpu Sektor Khusus Tingkatkan Industri Pelancongan
12 November, London – Kementerian Pelancongan akan menumpukan kepada sektor pelancongan khusus yang berpotensi meningkatkan industri pelancongan di Malaysia, tahun depan. Menteri berkenaan YB Dato’ Sri Azalina Othman Said berkata sektor utama itu antaranya termasuk pelancongan perubatan, pelancongan pendidikan, eko-pelancongan, Malaysia Rumah Keduaku dan pelancongan domestik menerusi Zoom Malaysia.
(more…)
Add comment November 13, 2008
Piala Monson Satu Lagi Produk Pelancongan Yang Diiktiraf
12 November, Kuala Lumpur – Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, yakin Piala Monsun Malaysia 2008 akan mampu menjadi produk terbaik untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan paling popular dalam peta pelancongan dunia. Menurut Azalina, dengan pengajuran yang cekap dan bertaraf dunia, Piala Monsun yang bermula di Terangganu pada 3-7 Disember ini juga dilihat mampu merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan hasil industri pelancongan sebagai sumber pendapatan terbesar negara.
Add comment November 13, 2008
Pelajar Malaysia Di Luar Negara Berperanan Promosi Negara
12 November, London – Pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara memainkan peranan penting dalam mempromosi negara kepada masyarakat setempat, kata Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Azalina Othman Said.Beliau berkata mereka merupakan pihak paling baik untuk mempromosi produk dan tempat-tempat menarik di Malaysia dalam usaha membantu pertumbuhan ekonomi negara.
(more…)
Add comment November 12, 2008
Kekurangan penerbangan MAS dibawa ke mesyuarat Kabinet
11 November, London – Kementerian Pelancongan akan membawa isu kekurangan penerbangan dari Kuala Lumpur ke London oleh syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Kabinet Jumaat ini, bagi membolehkan pelancong dari London dan Eropah menggunakan pesawat syarikat itu ke Malaysia. Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said berkata, langkah MAS mengurangkan jumlah penerbangan itu turut memberi kesan kepada sektor pelancongan yang sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelancong asing melawat destinasi menarik di Malaysia.
Add comment November 12, 2008
Tindakan terhadap Pempena berdasarkan laporan – Azalina
11 November, London – Kementerian Pelancongan akan mengambil tindakan tegas atau sebaliknya terhadap Pempena Sdn. Bhd. selepas menerima laporan penuh berhubung dakwaan pembabitannya dalam pelaburan yang diragui. Menterinya, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said berkata, beliau juga akan bersemuka dengan wakil-wakil daripada 20 anak syarikat di bawah kelolaan Pempena dalam minggu ini.
Add comment November 12, 2008
300,000 pelancong UK akan melawat Malaysia
10 November, London – Kementerian Pelancongan menyasarkan seramai 300,000 pelancong dari United Kingdom (UK) akan melawat Malaysia menjelang akhir tahun ini.
Pengarah Majlis Promosi Tourism Malaysia bagi UK dan Ireland, Abdul Rauf Abu Hassan berkata, sasaran itu dijangka dicapai berikutan jumlah pelancong dari negara itu yang datang ke Malaysia dari Januari sehingga September adalah seramai 272,000 orang.
1 comment November 11, 2008
Tiada kaitan pelancong, papan tanda jalan
6 November, Kuala Lumpur – Kehadiran pelancong ke negara ini tidak boleh dikaitkan penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda jalan seperti isu Jalan Alor yang dibangkitkan kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini.
Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said berkata, sehingga kini isu papan tanda tidak pernah menimbulkan masalah kepada pelancong kerana kementerian menyediakan maklumat penerangan dalam beberapa bahasa menepati keperluan mereka.
3 comments November 11, 2008

